'Ya Allah seksa tengok gambar ni' - Kucing mati, 4 kaki dipotong & kepalanya hancur


Penemuan bangkai seekor kucing yang dalam keadaan tidak sempurna mengemparkan warganet yang menyifatkan perbuatan pelaku adalah terlalu kejam dan zalim. 

Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) semalam berkongsi beberapa gambar penemuan seekor kucing yang telah mati di mana keempat-empat kakinya dipotong dan kepalanya juga hancur. 

Kucing malang itu dipercayai dibunuh oleh individu yang hanya inginkan keseronokan dalam mendera dan menganiaya binatang kecil. 

Menurut MAA, bangkai kucing itu ditemui berhampiran sebuah bengkel yang tidak dinyatakan lokasinya. 




Justeru, MAA menawarkan wang ganjaran RM5,000 kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu agar suspek ditahan dan dihadapkan ke mahkamah. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.