Disney sekat Johnny Depp berlakon watak Kapten Jack Sparrow dalam filem Pirates of the Caribbean


Pelakon Hollywood, Johnny Depp, dilaporkan telah dihalang dari kembali berlakon dalam francais filem Pirates of the Caribbean sebagai Kapten Jack Sparrow, terbitan Disney. 


Johnny Depp, 57, awal tahun 2020 telah tewas dalam kes saman fitnahnya terhadap News Group Newspapers, berhubung portal The Sun menerbitkan sebuah artikel pada tahun 2018 yang menyebut Depp sebagai kaki pukul isteri, susulan dari tuduhan dari bekas isterinya, Amber Heard, yang mana Depp menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu. 


Namun, menurut laporan, pihak Disney sudah sedia menjauhkan diri mereka dari Depp sebelum keputusan kes mahkamah itu lagi. Disney dilaporkan menolak cadangan penerbit eksekutif filem, Jerry Bruckheimer, untuk membawa Depp kembali dalam filem tersebut. Disney percaya, keputusan membawa Depp kembali akan merosakkan imej mereka.


Bintang Hollywood itu melakonkan watak Kapten Jack Sparrow dalam kelima-lima filem Pirates of the Caribbean yang ditayangkan di seluruh dunia antara 2006 dan 2017. 


Pada November lalu, Depp mengumumkan dia telah menarik diri dari filem Fantastic Beasts setelah diarahkan berbuat demikian. Kenyataan itu dikongsikannya melalui Instagram. 


"Saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa saya telah diminta untuk mengundurkan diri oleh Warner Bros dari peranan saya sebagai Grindelwald di Fantastic Beasts dan saya menghormati dan bersetuju dengan permintaan itu." 


Namun, para peminat menggesa Depp dikembalikan semula dengan ribuan peminat menandatangani petisyen yang diwujudkan di laman Change.org, meminta Warner Bros mempertimbangkan semula keputusan itu. Begitu juga dengan kempen yang menuntut Disney mengambilnya semula untuk berlakon dalam filem Pirates of the Caribbean. 


"Mereka (Disney) harus membawa dia kembali untuk memerintah lautan. Kalau tidak, kami tidak akan menonton filem Pirates of the Caribbean tanpa kapten kami!" kata netizen. 


Sumber: Daily Star



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.