Suami lempar asid pada isteri kerana enggan biarkan dirinya dirogol rakan-rakan suami yang kalah judi


Seorang kaki judi tergamak melempar cecair asid pada isterinya setelah dia menolak untuk membenarkan rakan-rakan suami merogolnya selepas suspek kalah dalam pertaruhan judi di India. 


Suspek menghantar isterinya yang berusia 30 tahun itu kepada rakan-rakannya untuk dirogol di timur laut Bihar, dalam beberapa kejadian yang berasingan sejak Oktober. Sekiranya mangsa menolak, suspek akan mengurung dan membelasahnya sebelum dilempar dengan asid.


Suspek, Hassaganj, 30, yang juga kaki botol itu kini telah ditahan polis atas pertuduhan menyerang menggunakan asid, rogol, keganasan rumah tangga dan mengurung mangsa. 


Menurut pegawai polis Muzahidpur, Rajesh Kumar Jha berkata, "Pasangan itu sudah 10 tahun berkahwin. Lelaki itu berjudi dan tewas dalam pertaruhan pada hujung bulan Oktober. Selepas itu, dia menghantar isterinya kepada kaki judi yang lain untuk dirogol, tanpa kerelaan mangsa. 


"Jika mangsa menolak untuk memberi kerjasama, suaminya akan memukul dan mengurungnya."


Difahamkan, mangsa sebelum ini telah dirogol sekumpulan lelaki pada 28 Oktober. Suami dan beberapa suspek yang lain tidak didedahkan nama mereka bagi melindungi identiti mangsa. 


Bagaimanapun, mangsa berjaya melepaskan diri dan terus melarikan diri ke rumah ibu bapanya di kampung lain. Aktivis sosial, Deepak Singh kemudian membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan. Mangsa juga mendedahkan, dia kerap didera suaminya kerana dia tidak mampu memberikan zuriat. 


Mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. 


Sumber: Daily Mail



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.