'Kena unfriend hari ni' - Putus kawan sebab tak bagi pinjam duit RM1,000, ungkit makan kat restoran mewah
Hanya kerana tidak dapat meminjamkan wang, lelaki di-unfriend di laman sosial. Sedangkan, rakannya itu tidak tahu bertapa penatnya dia melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupan keluarganya.
Di mata rakannya itu, hanya melihat gaya hidup lelaki ini berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan di media sosial. Membuatkan dia menyangka rakannya mempunyai wang yang banyak untuk dipinjam.
KENA unfriend hari ni, pasal kawan nak pinjam duit RM1,000. Aku cakap tak ada, duit ada cukup-cukup je untuk survive bulanan.
Dia kata nampak aku makan dengan isteri kat Madam Kwan, takkan tak ada duit? (Masa sambut anniversary hari tu). Dia nampak yang sedap je, macam mana susahnya nak dapatkan yang sedap itu dia tak tahu.
Aku buat macam-macam kerja semata-mata nak sustain expenses dan commitment supaya tak terjerumus ke lembah bad debts macam 10 tahun dulu. Buat bisnes sekarang dah tak macam dulu. Orang kurang sangat-sangat nak membeli.
Kalau kalau dah tak boleh mengharapkan bisnes, kita kena kerjalah. Aku mahir jalan-jalan Kuala Lumpur - Selangor. So daftar banyak delivery app. Tawarkan diri kat restoran-restoran untuk servis direct tanpa guna app dengan waranti yang kalau hujan lebat pun aku akan tetap hantarkan.
Hujung minggu pagi-pagi kalau free dan sihat, ambil upah tiga jam masukkan cili boh dalam plastik guna gayung kat pasar borong. Mata pedih, tangan panas usah ceritalah.
Kalau siap pack awal, kena tolak troli hantar barang ke kereta customers. Dapatlah RM60. Kadang-kadang customers bagi tips RM1-RM5, dapatlah lebih.
Belum kira kos maintenance, repair motosikal rosak lagi. Maklumlah heavy duty and long distance bawa hari-hari kat laluan jalan rosak, tak ada kualiti turapan kat Malaysia ni.
Itu belum kira maintenance BM, insurance mati lagi tiga bulan nak kena kumpul duit. Siapa suruh gatal beli? Aku beli bulan Februari, mana aku nak tau bulan Mac satu dunia akan closed border kena Covid-19 dan affect economy.
But in the end, I'll fight my own battles, suffer and bleed from them, for the sake of my own family. Hope you do the same for yours, instead of blaming others if they can't help you in this toughest times.
Adakalanya kita tidak boleh terlalu berharap dengan bantuan dari rakan, adakalanya mereka juga mempunyai masalah sendiri. Walaupun mereka tidak dapat membantu, usahlah merajuk sehingga putus kawan.
Sebaik-baiknya, usaha lebih lagi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, belajarlah untuk berdikari.
Sumber: Aizuddin Ismail
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment