'Kalau boleh pergi pasar setiap hari, kenapa tak dapat berkumpul satu hari untuk mengundi?' - Ahmad Maslan
Kenyataan Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan baru-baru ini yang mengatakan rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pendidikan tinggi takkan faham keperluan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) secepat mungkin, sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.
Sedar dirinya dikritik ramai, Ahmad Maslan tetap mempertahankan dirinya. Pada Ahad, 10 Januari 2021, Ahmad memuat naik tweet yang mempersoalkan mengapa orang ramai tidak boleh berkumpulan satu hari untuk mengundi jika rakyat masih dibenarkan untuk pergi ke pasar raya, kedai runcit dan restoran.
"Jika boleh ke kedai, pasar raya, restoran beratur setiap hari, kenaap tak boleh cuma satu hari beratur untuk mengundi dengan SOP ketat?" katanya memetik dari laporan Astro Awani.
Tambahnya, lawatan rumah ke rumah dan berkempen secara fizikal adalah tidak dibenarkan.
"Bila banjir sudah tamat dan bila kita sudah dapat vaksin, kita akan buat mereka beratur di sekolah dengan pengawasan pihak polis dan pihak berkuasa tempatan agar mematuhi SOP. Ia hanya perlu dibuat sekali sahaja," katanya yang menggambarkan bagaimana PRU-15 akan dilakukan kelak.
"Kalau di pasar raya, mereka boleh akur dengan SOP setiap hari tanpa kehadiran pihak polis dan pihak berkuasa tempatan," katanya.
Sumber: World of Buzz, Astro Awani
LAPORAN BERKAITAN
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment