Lelaki maut akibat terlampau teruja ketika lakukan hubungan intim dengan pasangan


Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat 'terlampau teruja' selepas pengsan semasa melakukan hubungan intim dengan pekerja seks. 


Charles Majawa, 35, tidak sedarkan diri sewaktu melakukan hubungan intim dengan wanita terbabit di Phalombe, Malawi. 


Mayat lelaki itu kemudian dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Keputusan bedah siasat mendapati, mangsa mengalami orgasme yang berlebihan menjadi punca kematiannya. 


Wanita yang bersama dengan mangsa pada waktu kejadian, mengambil keputusan untuk membuat laporan polis setelah berbincang dengan rakan sekerjanya. 


Polis dan petugas perubatan dari Pusat Kesihatan Migowi yang memeriksa mayat tersebut mengesahkan punca kematian mangsa pada 18 Ogos 2020 akibat orgasme berlebihan yang menyebabkan saluran darah di otaknya pecah. 


Polis juga mengesahkan, pekerja seks terbabit tidak akan didakwa atas kematian mangsa walaupun mereka mengadakan hubungan intim bersama. 


Mayat Charles dibawa pulang ke kampung untuk dikebumikan di kampung halamannya di Matepwe. - Agensi



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.