(Video) Bapa sibuk main handphone, tak sedar anaknya lemas selepas terjatuh di sungai


Kecuaian ibu bapa ketika menjaga anak-anak sehingga menyebabkan kematian sudah sering berlaku. Kebanyakan kes kecuaian yang berlaku adalah disebabkan ibu bapa terlalu sibuk dengan aktiviti lain sehingga membuatkan mereka terlupa untuk mengawasi anak-anak. 


Seperti dalam satu kejadian yang videonya viral di media sosial membuatkan netizen berasa simpati dengan nasib mangsa dan dalam masa yang sama geram dengan bapanya yang dipercayai cuai ketika menjaga anak. 


Dalam kejadian yang berlaku di sebatang sungai di Jalan Kamboja, Kampung Makassar, Jakarta Timur, penduduk digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki yang hanyut di sungai tersebut pada Jumaat, 22 Januari 2021. 


Berdasarkan sumber, mangsa sebelum itu berada di rumah di bawah penjagaan bapanya, sementara ibunya keluar bekerja. Mangsa dikatakan keluar dari rumah ketika bapanya sedang leka bermain telefon bimbit di dalam bilik. 


Tidak beberapa lama kemudian, mayat mangsa ditemui oleh penduduk di sekitar sungai lalu segera turun untuk mengambil mangsa yang sudah tidak bernyawa. 



Kejadian itu mengundang kemarahan netizen apabila mengetahui punca kejadian itu berlaku disebabkan oleh kecuaian si bapa yang ralit dengan telefon bimbit. 


"Sayang handphone lebih daripada anak. Handphone dibelai-belai, anak dibiarkan. Nampak sangat bapaknya tak sayang dengan anak," kata netizen. - Agensi



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.