Suami tikam & tukul isteri sampai mati kerana curang


Seorang suami tergamak membunuh isterinya dengan kejam menggunakan pisau dan tukul ketika mangsa sedang tidur kerana kecewa dengan isterinya yang berlaku curang, dalam kejadian Jumaat, 22 Januari 2021. 


Suspek, Zaini, 41, berasal dari Daerah Demak, Jawa Tengah, sementara isterinya, Nur Kamidah, 38 tahun. 


Jurucakap Polis Daerah Demak, Muhammad Fahrurrozi berkata, motif pembunuhan adalah kerana rasa cemburu suami pada isterinya yang curang. 


Sebelum dibunuh, Nur Kamidah ada membuat pengakuan kepada Zaini bahawa dia telah curang dengan lelaki lain. Pengakuan itu membuatkan Zaini marah dan merancang untuk membunuh mangsa. 


Berdasarkan keterangan kepada polis, suspek memberitahu dia menghabiskan nyawa isterinya dengan cara menikam pisau di bahagian leher Nur Kamidah yang sedang tidur sebelum menusuk pipi dan dada kiri. Selain itu, suspek juga memukul wajah mangsa menggunakan tukul. 


Akibat dari perbuatan itu, Zaini kini berdepan dengan tindakan undang-undang atas tuduhan membunuh serta berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun penjara. - Agensi



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.