'Allahuakbar.. menangis mak ayah korang' - 3 pelajar tertunduk malu, dihantar ke Sekolah Hentry Gurney sebab lakukan amang seksual
Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam memerintah tiga pelajar berusia antara 16 hingga 17 tahun dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Melaka kerana melakukan amang seksual fizikal dan bersubahat melakukan perbuatan tidak bermoral itu ke atas empat rakan mereka berusia antara 12 hingga 13 tahun.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri berkata, ketiga-tiga pelajar di sebuah institusi swasta itu diperintah menjalani hukuman itu selama tiga tahun.
Dua lagi rakan mereka berusia 13 tahun dihantar ke Asrama Akhlak Rusila, Marang selama setahun atas kesalahan yang sama.
Menurut fakta kes, kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara Ogos 2020 hingga Januari 2021 dan didakwa mengikut Seksyen 14 (a), Seksyen (b) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Tiga lagi tertuduh berusia 13 hingga 16 tahun juga berdepan dengan pertuduhan bersubahat melakukan kesalahan itu, di bawah Seksyen 109.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendkawa Raya Lee Ka Full dan Nur Nabihah Hanih Ayim, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Sumber: Harian Metro
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment