(Video) 'Ya Allah, tak dapat bayangkan perasaan ahli keluarga dia, dahlah nak raya ni' - Ibu maut, anak parah dirempuh Hilux yang dipandu laju oleh warga emas


Seorang wanita maut, manakala anak perempuannya parah setelah kereta Perodua Myvi yang dinaiki dua beranak itu dirempuh Toyota Hilux di persimpangan lampu isyarat di Jalan Temenggong Ahmad. 


Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, kejadian itu berlaku pada jam 7.46 pagi yang membabitkan enam buah kenderaan iaitu Myvi, Nissan Grand Lavina, Nissan Urvan, Van Ford Spectron dan dua Toyota Hilux. 


Video dashcam dari saksi yang berada di tempat kejadian juga viral di media sosial dan rata-rata netizen mengecam tindakan pemandu Hilux terbabit yang dikatakan memandu melebihi had laju ketika menghampiri persimpangan lampu isyarat. 


Siasatan awal polis mendapati, Toyota Hilux tersebut dipandu oleh warga emas, Gui Chui, 69, dalam perjalanan ke pusat bandar Muar dari Parit Jawa dalam kelajuan tinggi. 


Akibat dari tindakannya yang melanggar lampu isyarat merah, Gui telah merempuh Myvi yang baru sahaja mahu memulakan perjalanan setelah lampu isyarat bagi lorong mereka bertukar hijau. 


Rempuhan kuat itu menyebabkan Hilux melanggar beberapa kenderaan lain di laluan bertentangan sebelum terbalik. 


Mangsa, Norain Abu Samah, 41, maut di tempat kejadian, manakala anak perempuannya, Nur Nabila Alisha Mohd Zalisman, 19 parah di bahagian anggota badan. 14 lagi mangsa kemalangan yang lain tidak mengalami kecederaan. 



Sampel darah dan air kencing pemandu dihantar ke Jabatan Kimia untuk saringan alkohol dan dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.