KKMM nafi keluarkan arahan wajibkan kakitangan LIKE & FOLLOW akaun medsos Menteri, Timbalan Menteri
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menafikan dakwaan mengenai arahan mewajibkan semua petugas kementerian itu untuk 'like' dan 'share' akaun media sosial menteri dan timbalan menterinya.
KKMM dalam kenyataan hari ini menjelaskan, tiada sebarang arahan yang dikeluarkan oleh Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah seperti dakwaan yang tular di media sosial sejak semalam.
"Kementerian sentiasa menggalakkan penyertaan kakitangannya dalam bersama-sama menyokong hebahan maklumat kepada khalayak termasuk melalui platform media sosial," menurut kenyataan itu.
Semalam, tular beberapa tangkap layar pesanan teks yang didakwa mengandungi arahan KKMM kepada petugas kementerian serta jabatan dan agensi di bawah KKMM untuk 'like' atau 'follow' akaun media sosial menteri dan timbalan menteri.
Sumber: Bernama
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment