(Video) 'Kalau aku dapat, aku sagat-sagat dia, takpun aku rogol, hantar kat Thailand' - Ain dapat ugutan setelah dedah guru lelaki buat lawak lucah


Susulan membuat pendedahan mengenai guru lelaki membuat lawak lucah mengenai gangguan seksual dan rogol, pelajar perempuan berusia 17 tahun, Ain Husniza Saiful Nizam, menerima ugutan rogol. 


Difahamkan, ugutan itu datang dari rakan sekolahnya sendiri. 


"Ya, saya mendapat ancaman rogol dari rakan sekolah lelaki saya di sekolah. Saya menangis. Pelajar lelaki seperti dia adalah alasan mengapa saya terus berjuang, guru yang terus-menerus 'menjangkiti' pemikiran seperti itu kepada remaja lelaki perlu dibersihkan dari sistem pendidikan kita," katanya. 


BACA: (Video) 'Cikgu tu kata nanti korang nak rogol, jangan rogol bawah 18, rogol atas 18 tahun' - Pelajar dedah guru lelaki buat lawak lucah dalam kelas PJK 



Ain turut berkongsi kata-kata dari suspek yang mengugut mahu merogolnya. 


"Benda kau boleh settle dengan sekolah kot? Apsal kau nak heboh satu dunia? Nak apa? Nak attention daripada satu Malaysia, Bodoh?


"Habis tu nanti kau pergi mana-mana, orang cakap sekolah kau macam ni, macam ni, macam ni. Kau tak malu ke bodoh? Balik bodoh tempat asal kau, bukannya sekolah asal sini pun. 


"Budak-budak senior yang sebelum ini pun kena macam tu, tak heboh pun? Tak heboh kat Twitter pun? Tak cakap benda-benda macam ni pun? Sumpah bodoh budak ni.


"Kalau aku dapat, aku sagat-sagat dia, tak pun aku rogol, hantar kat Thailand". 



Bapanya, Saiful Nizam, juga mengesahkan ugutan itu diterima oleh anaknya melalui kenyataan yang dikeluarkan di Facebook. Ekoran itu, Saiful Nizam akan membuat laporan polis yang berasingan. 


"Nampaknya akan ada laporan seterusnya apabila anak dapat ugutan rogol dari rakan sekolahnya kerana tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku lebih lagi ia 'mencemarkan' nama baik sekolah. 


"Nampak tak? Mereka tak setuju dan seterusnya ugut nak rogol! As simple as that. Biasalah tu kan? Mindset begini dikatakan 'biasa' dari banyak pandangan yang saya terima sama ada di WhatsApp, Facebook dan sebagainya," katanya. 


Disebabkan ugutan rogol itu, Saiful berasa was-was untuk menghantar anak perempuannya ke sekolah hari ini. 


Sumber: MalaysiaKini



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.