'Budaya K-Pop rosakkan generasi muda' - Kim Jong-Un
Pemimpin diktator Korea Utara, Kim Jong-Un mengecam budaya K-Pop dari negara jirannya, Korea Selatan yang menurutnya sebagai kanser berupaya merosakan generasi muda Korea Utara.
Disebabkan itu, Kim Jong-Un tidak teragak-agak memberi hukuman tegas terhadap rakyatnya yang melayan sebarang jenis atau bentuk hiburan dari Korea Selatan. Malah dia meminta generasi muda tidak mengikut gaya berpakaian, rambut, perbualan dan tingkah laku Korea Selatan.
Jika didapati ada yang ingkar akan perintah tersebut, pelakunya akan dipaksa menjalani kerja di kem selama 5 hingga 15 tahun. Selain itu, individu yang didapati menyeludup konten hiburan Korea Selatan ke Korea Utara akan dikenakan hukuman mati.
Dalam masa yang sama, banyak pihak yang mengkritik 'kebijaksanaan' Kim itu yang terlalu mementingkan hal remeh berbanding mengatasi masalah kemiskinan di negaranya.
Sementara itu, bekas pegawai kerajaan Korea Selatan bernama Jung Gwang Il berkata, propaganda Kim Jong Un ini dilakukan bagi memastikan kekuasaan akan terus kekal pada keluarganya.
Sumber: Channel News Asia
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment