(Video) 'Itu jelah kerja kau kan, viral?!' - Peniaga keropok lekor terbalikkan barang niaga peniaga laksa
Viral di media sosial petang semalam, video menunjukkan seorang seorang peniaga laksa yang baru saja memulakan perniagaannya terpaksa mengutip bahan-bahan masakannya yang jatuh akibat diterbalikkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Menurut sumber, kejadian yang berlaku di kawasan Taman Koperasi LLN, Kajang, itu berpunca dari rasa tidak puas hati peniaga keropok lekor terbabit terhadap mangsa.
"Kawan saya baru nak buka gerai laksa bersebelah dengan gerai keropok lekor, tetapi mereka memaki kawan saya dan rakan sekerjanya. Sebaik saja dia selesai membuka gerai, peniaga keropok lekor itu datangg lalu menterbalikkan segala bahan-bahan masakan dari meja sehingga terjatuh.
"Tindakan mereka ini langsung tidak masuk akal. Kenapa mereka bertindak sedemikian? Apakah mereka yang memiliki jalan ini? Saya pasti mereka tak perlu bayar pun untuk meletakkan barang niaga mereka di situ. Tempat ini pun tak perlu dibayar untuk berniaga dan mencari rezeki bersama-sama. Tetapi perbuatan dia itu seolah-olah menggambarkan dia pemilik tempat itu.
"Kedua, dia berniaga keropok lekor dan kawan saya berniaga laksa. Dua makanan yang berbeza untuk pelanggan. Kenapa perlu bertindak secara melampau seperti itu? Bukannya kawan saya mencuri idea atau merompak duit dia.
"Ketiga, kawan saya datang berniaga di situ untuk mencari rezeki seperti mana peniaga keropok lekor itu mahu mencari rezeki. Tak wajar dia melakukan perbuatan kebudak-budakan seperti itu untuk menghalang seseorang yang berusaha berniaga untuk menyara kehidupannya.
"Jarang saya nak komen dan menilai seseorang berdasarkan penampilan mereka, tetapi sikap awak yang sangat menjengkelkan itu membuatkan penampilan awak sangat menjijikkan," katanya.
Susulan kejadian itu, mangsa telah membuat laporan dan memberi keterangan kepada polis selama empat jam, untuk tindakan lanjut. Namun, sumber mengatakan, peniaga keropok lekor itu telah memohon maaf kepada mangsa.
"Orang jual keropok lekor itu dah minta maaf dengan abang ipar kepada adik yang menjual laksa ini," katanya.
Di media sosial, netizen tidak dapat menerima perbuatan peniaga berkenaan yang dianggap biadab sehingga sanggup menganiaya peniaga lain yang baru sahaja mahu mencari rezeki.
"Kalau sampai buang barang jualan orang lain, ini dah kategori melampau. Mangsa pun bukannya jual benda yang sama. Silap-silap stall laksa ini nanti yang tolong naikkan jualan keropok lekor itu. Yelah, orang tengok stall laksa, singgah dan beli. Sambil-sambil tunggu makanan siap dibungkus, mata tengok kiri kanan, eh keropok lekor, customer itu pun turut membeli," kata Atticus.
"Apalah yang ditakutkan rezeki tak sampai, tak faham manusia Melayu Islam ini berfikir macam mana. I dah bertahun-tahun berniaga, belah kiri belah depan atas ada empat buat bisnes yang sama. Elok je kami berniaga dah bertahun, tak tutup pun bisnes. Masing-masing semua dapat rezeki senang hidup semuanya. Tiada hasad dengki," kata Tukul.
Sumber: Facebook
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment