Riot Games dah confirm, Valorant bakal hadir ke platform mobile
Permainan taktikal FPS popular, Valorant, kini semakin menjadi pilihan para pemain sukan e-Sport dan dikatakan bakal menjadi pesaing kuat CS:GO yang sudah lama bertapak di arena e-Sport.
Valorant yang baru saja diperkenalkan setahun yang lalu (2 Jun 2020), namun Riot Games dilaporkan bakal menghadirkan permainan taktikal itu ke platform lain iaitu mobile.
Eksekutif Produser Valorant, Anna Donlon berkata, "Kami akan menawarkan pengalaman kompetitif Valorant yang sama kepada lebih ramai pemain global".
Pengumuman Valorant Mobile itu hadir ketika Valorant versi PC menyambut ulang tahun pertamanya. Dalam tempoh itu, Riot telah mengumpul lebih dari 14 juta pemain dan menyaksikan lebih dari setengah bilion perlawanan yang dimainkan.
Valorant dikatakan sering kali menjadi antara permainan yang paling banyak ditonton di Twitch dan tidak hairanlah apabila Riot menyatakan keinginan mereka untuk meluaskan lagi empayar Valorant.
Pada masa ini, Riot ini sedang giat merealisasikan usaha baru mereka itu untuk platform mobile di mana permainan itu kelak akan memberikan pengalaman kompetitif yang sama seperti di platform PC.
"Kami sangat bersemangat untuk menghadirkan pengalaman kompetatif Valorant yang sama untuk lebih ramai pemain secara global," katanya memetik dari portal IGN.
Untuk makluman, Valorant merupakan salah satu permainan yang hadir dengan kawalan yang amat rumit di mana setiap ejennya memiliki sejumlah skill yang luar biasa. Tentunya agak sukar dibayangkan bagaimana skill tersebut akan hadir di platform mobile dengan layout butangnya di skrin telefon pintar.
Tidak mustahil Riot Games akan membina gameplay Valorant di mobile menjadi lebih ringkas sama seperti yang diterapkan dalam game League of Legends: Wild Rift yang hadir dari game MOBA League of Legends did platform PC.
Sumber: IGN, Indozone
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment