'Ingatkan dah habis dah budaya macam ni, masih diteruskan ya?' - Netizen kritik Menteri KDN buat majlis pelancaran bantuan banjir

Foto: Samantha Tan Chiew Tieng/BERNAMA


Media hari ini melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, melancarkan misi bantuan banjir ke beberapa negeri di Pantai Timur. 


Menurut laporan dari Twitter Bernama, majlis pelancaran misi bantuan itu dilakukan di depan pintu utama Kementerian Dalam Negeri (KDN). 


Bagaimanapun di media sosial, netizen mengkritik budaya membuat majlis pelancaran yang dikatakan tidak sensitif dan mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan sebelum ini. 



"Ingatkan dah habis dah budaya macam ni, masih diteruskan ya? Hampa ingat pesta? Nyawa orang melayang tau dak? Bencana woi, bukan festival nak adakan pelancaran bagai. 


"...pegawai punyalah ramai, takkan takdak seorang pun yang reti fikir dan boleh buka mulut cakap 'Halo brader, better kita jangan buat pelancaran ni, unnecessary dan bad for optics'. Dan hang sebagai menteri, takleh fikir?


"Punya berderet orang maki PN buat majlis pelancaran si Peja dengan Rina Harun sebelum ini, takkan tak baca? Takkan tak tengok? Kenapa mesti jadi buta dan ******** sangat? Ini semua punca la. Bukan saja bola tanggung untuk pihak lawan, penyokong sendiri pun meluat," kata pempengaruh media sosial, Injang Nation. 





Walaupun begitu, ada yang berpendapat majlis sedemikian perlu dibuat bagi memberitahu kepada umum mengenai sumbangan yang diberikan kepada mangsa-mangsa banjir. Ini kerana sumbangan tersebut melibatkan dana awam. 


"Rasanya majlis ini lebih kepada declaration pada public bagi acknowledge tu sumbangan. Sebab sumbangan lebih melibatkan dana awam. Kalau yang macam ni atleast ada rekod berapa banyak dan dalam bentuk apa sumbangan tersebut," kata Fredy. 


"Itulah masalahnya. Sekarang ni kalau buat senyap-senyap, orang tak tahu. Semua pakat kutuk. So this is one of the way to show they are doing their job. Tak ada dah budaya buat dan senyap," kata Tuna. 


"Setuju tunjuk, tapi tak perlu buat majlis pelancaran siap dengan banner bagai tu. Perabih duit dan masa," kata Albaniah. 




Sumber: Twitter Bernama, Injang Nation, Malaysia Gazette

Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.