(Video) 'Aku tahu kau berdendam, akan ada balasan untuk kau' - Kakak pertahankan Haqiem Stopa, dakwa adiknya dianiaya bekas kekasih



Seorang pengguna TikTok, Ladyspaint86, mendakwa adiknya, Haqiem Stopa, telah menjadi mangsa aniaya bekas teman wanita sehingga menyebabkan 'ikon permotoran' itu dituduh menyimpan video dan gambar lucah. 


"Sebab percaya dengan seorang betina, akhirnya makan diri kau sendiri dik. Bila kau sayang seseorang, kau akan jadi bodoh. The end perempuan yang pernah bersama kau juga buat kau sampai ke tahap ini. Aku terkilan dengan jalan cerita hidup kau dik," katanya menerusi kapsyen dan video yang dimuat naik menerusi TikTok. 


@ladyspaint86 Pray for#ikonpermotoran jadikan pengajaran buat org lain jga.bla kau sayang seseorang kau akn jdi bodoh.the end perempuan yg prnah brsama kau jgak buat kau smpai tahap ni.aku trkilan dgn jalan cerita hdup kau dik🥹#ikonpermotoran #mysiblings❤️💜 #Halloween2022 #HadaLaboCantikGlow #EndlessJourney #BioessenceB5 #familylover ♬ Bila_waktu_telah_berakhir_ - Zali


Dalam video yang dimuat naik dua hari lalu, Ladys juga kesal dengan tindakan pihak media menggunakan tajuk berita yang dianggap menyinggung perasaan ahli keluarganya, semata-mata mahu menarik perhatian pembaca di media sosial.


"Media ni bersungguh, beria-ria buat kerja, takut benda (berita) tu dapat kat orang (lain), dia punya tajuk pun macam gitulah. Nak bagi orang minat nak membaca, nak tahu, nak komen, minat nak memaki hamun. Haa, itulah... faham sangat dah. 


"Tapi kesianlah (pada Haqiem Stopa), benda itu tak betul pun sebenarnya. Salah tetap salah, betul atau tidak kita tunggu selepas ini. Aku nak tunjuk hal sebenar yang aku tahu, tetapi nanti dulu. Benda tak selesai lagi, tak apa kita jalan dulu. Bagi dia (pihak sebelah sana) menari-nari dulu, berseronok dan bergembira dengan kawan-kawan dia. 


"Sebab apa? Dia buat makan, benda yang dia rancang dah berjaya. Yang aku tahu, bila janji dengan aku lain, yang kau buat pula lain. Apa benda ni dik? Kau nak apa sebenarnya? 


"Aku nak cakap pada lelaki, jangan jadi bodoh disebabkan betina sial. Lelaki, kau nak sayang perempuan tolonglah agak-agak sikit. Pu***** aku cakap kau. Bila kau pu*****, engkau kena macam mana? 


@ladyspaint86 Sebabkan kebodohan kau,kau kena cenggini.Aku harap bnda ni jdi iktibar buat sume org.jangan trlalu syang kt pmpuan.bla ko trlalu syang ko akn jdi bangang giler babi faham x😌#ikonpermotoran #mysiblings❤️💜 #Halloween2022 #HadaLaboCantikGlow #EndlessJourney #BioessenceB5 #familylover ♬ bunyi asal - Lady Paint🫰


"Ikon permotoran, apa jadi? Semua orang tahu kau gilakan sangat betina sial ni. Lepas tu kau kena apa? Betina ni buat kau apa? Lepas tu buat tak tahu dan kata aku takde kena mengena dalam hal ini. 


"Hey setan, sial aku cakap dengan kau! Kau jangan ingat aku bodoh eh. Aku tahu apa yang kau buat, belakang-belakang dia pun aku tahu apa yang kau buat. Aku tak nak masuk campur sebab sama-sama bangang nak mampus. 


"Tapi ini dah teruk sangat kau hukum dia, kau buat dia sampai tahap ni, kau tak fikir. Kau pun muda lagi. Lelaki ni apalah sangat. Cuma bodohnya lelaki ini satu sajalah, bila dia gila kat perempuan ni dia jadi bangang. Zaman sekarang ni zaman macam gini. Mudah saja nak jatuhkan orang. 


"Aku bukan nak berpihak kepada sesiapa, salah tetap salah. Tapi kau sanggup tengok orang yang kau sayang macam gini eh? Aku tak boleh nak brain. Aku jahat tapi tak sampai hati nak buat orang. Benda yang lepas, lepaslah. Lagipun benda sampai ke mana? Lagipun kau dengan dia saja pun," katanya. 


Bagaimanapun, Ladys memohon maaf di atas kekasaran bahasanya dalam video tersebut kerana dipengaruhi oleh tekanan emosi apabila berdepan dengan masalah adiknya itu. 


"Kalau kena kat tempat kau, aku rasa engkau lebih dari aku rasa nak marah," katanya. 


Dalam masa sama, Ladys mendakwa bekas kekasih adiknya itu telah memutar belitkan cerita sehingga menyebabkan Haqiem Stopa ditahan polis. 


"Kau dendam.. aku tahu kau berdendam. Kalau kau cakap (kau berdendam) sekali pun aku tak hairan. Tapi kau kena ingat eh, perempuan macam kau, selagi boleh putar, kau putar. Kau nak buat apa sekarang ni, buatlah.. bergembiralah. Akan ada balasan untuk kau," tegasnya.


@ladyspaint86 ko nk ttup silap kau kan.ko tunggu aku bukak sume cter lpas tu nnt ko gali lubang dalam dlam pastu ko ttup ya nyah😉Skang ko bagi aku susah.nnt ko tunggu jap.Aku bgi ko senang😊ko nari dlu puas😃#ikonpermotoran #mysiblings❤️💜 #Halloween2022 #HadaLaboCantikGlow #EndlessJourney #BioessenceB5 #familylover #putar ♬ bunyi asal - Lady Paint🫰


Sumber: TikTok Ladyspaint86



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.