Semua Ahli Bersatu Sabah keluar parti & akan tubuh parti tempatan baharu - Hajiji Noor



Terkini, semua ahli dah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah dilaporkan keluar dari parti berkuatkuasa hari ini. 


Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat selepas pihaknya mempertimbangkan keadaan landskap politik negara terutamanya di Sabah.


Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu turut memaklumkan semua bekas Ahli Bersatu akan menubuhkan parti tempatan baharu dan buat masa ini akan menjadi ahli GRS. 


"Melangkah ke hadapan, kami akan menubuhkan sebuah parti tempatan yang baharu, namun untuk sementara ini kami secara kolektif akan menjadi ahli GRS. 


"Kami berikrar untuk memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Perpaduan dan kami yakin dengan kepimpinan dan kebijaksanaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin negara," katanya.


Sumber: Astro Awani



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.