'Inilah waktu kritikal & rakyat perlukan MB!' - Netizen kecewa MB keluar negara tatkala negeri dilanda bencana banjir
"Tak malu ke orang Terengganu dapat Menteri Besar macam Dr Ahmad Samsuri ni?" demikian soalan yang diajukan oleh seorang pengguna Twitter, @LagaCawan, yang meluahkan rasa kecewanya terhadap wakil rakyat berkenaan.
Menurut Laga Cawan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang itu berada di luar negara ketika rakyat di Terengganu sedang berdepan dengan bencana banjir. Malah, individu itu turut menyertakan tiga gambar dokumen membuktikan MB Terengganu berada di luar negara.
"Boleh tak kau sebagai MB negeri yang paling terdedah dengan banjir musim tengkujuh keluar negara waktu macam ni? Setiap tahun, inilah waktu kritikal, inilah waktu rakyat perlukan arahan MB!
"Bukan biasa-biasa banjir kali ini di negeri Terengganu. Ada kawasan yang kata, ini banjir terburuk selepas 30 tahun.
Bukan biasa-biasa banjir kali ni kat negeri Terengganu. Ada kawasan yang kata ini banjir terburuk selepas 30 tahun.
— Laga Cawan 🌺 (@LagaCawan) December 20, 2022
Apa yang kau dah buat pada rakyat kau ni @DrAhmadSamsuri ? pic.twitter.com/vUE8R3GIhu
"Sebenarnya ramai juga terkejut bila Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi melawat situasi banjir di Terengganu, tetapi MB langsung tak sambut. Ini bukan protokal biasa, rupanya MB tak ada di Malaysia!
"Pada hari kedua Dr Ahmad Samsuri di luar negara, kematian pertama sudah berlaku di Terengganu akibat bencana banjir," kata Laga Cawan.
Sebenarnya ramai juga terkejut bila TPM1 melawat situasi banjir di Terengganu tapi MB langsung tak sambut.
— Laga Cawan 🌺 (@LagaCawan) December 20, 2022
Ini bukan protokol biasa. Rupanya MB takda kat Malaysia! https://t.co/QYyQ3oaunI
Ciapan terkini Twitter bekas perdana menteri Najib Razak turut menarik perhatian ramai. Ciapan 'sinis' itu dipercayai berkaitan dengan seorang wakil rakyat di Terengganu yang keluar negara tatkala negeri di bawah pimpinannya sedang dilanda musibah banjir.
Auckland tengah banjir ke? pic.twitter.com/WaXYzjs4DY
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) December 21, 2022
Menurut dokumen yang dikongsikan Laga Cawan, Menteri Besar Terengganu dijangka pulang dari Australia pada Khamis, 22 Disember 2022.
Sumber: Twitter Laga Cawan
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment