200 Batu Dikeluarkan Daripada Badan Wanita Ini, Puncanya Buat Doktor TERPANA !!!
200 Batu Dikeluarkan Daripada Badan Wanita Ini, Puncanya Buat Doktor TERPANA !!! | Sarapan pagi merupakan hidangan terpenting bagi kita memulakan hari yang sihat. Pengambilan sarapan pagi akan menambah kandungan glukos di dalam badan dan menyediakan zat yang mencukupi untuk menjadikan tubuh badan kita bertenaga menjalani kehidupan sepanjang hari.
Dengan meninggalkan sarapan pagi yang penting itu akan menjadikan seseorang berasa mudah marah, tidak bermaya dan kepenatan. Bagaimanapun, bukan ini sahaja akibat tidak mengambil sarapan pagi kerana terdapat kesan yang lebih merbahaya daripada itu.
Satu kes telah berlaku pada seorang wanita di China yang kerap tidak mengambil sarapan pagi. Doktor telah menemui lebih 200 batu di dalam badannya dan dijelaskan oleh doktor ia berlaku kesan daripada tidak mengambil sarapan pagi.
Wanita ini yang hanya dikenali sebagai Cik Chen berusia 45 tahun, pada mulanya mengadu sakit pada bahagian perut selama 10 tahun.
Bagaimanapun, Cik Chen berdegil tidak mahu menerima nasihat doktor supaya menjalani pembedahan, oleh kerana dia takut akan pembedahan.
Akhirnya, Cik Chen terpaksa juga menjalani pembedahan tersebut setelah mengalami sakit pada bahagian perut yang tidak dapat ditahan olehnya lagi.
Cik Chen baru-baru ini menjalani pembedahan di Hospital Hezhou Guangji, China
Lebih 200 batu, dengan ada yang sebesar sebiji telur , ditemui di dalam pundi hempedu dan hatinya.
Sumber : Hezhou Guangji Hospital General Surgery
Pembedahan mengambil masa selama enam jam setengah untuk mengeluarkan keseluruhan batu-batu tersebut
Sumber : Hezhou Guangji Hospital General Surgery
Batu hempedu adalah batu kecil yang terbentuk di dalam pundi hempedu. Biasanya ia terbentuk dari kolesterol dan tidak menunjukkan apa-apa simptom, jadi ia tidak memerlukan apa-apa rawatan. Bagaimanapun, apabila seseorang sudah mengalami kesakitan pada bahagian perut yang amat sangat, ia adalah kesan batu hempedu yang telah terperangkap di dalam saluran dalam pundi hempedu.
Satu lagi komplikasi yang terbit dengan pembentukan batu hempedu itu termasuk bengkak atau radang pada pundi hempedu, yang akan menyebabkan seseorang mengalami demam, sakit pada bahagian perut yang berterusan dan demam kuning.
Cik Chen bekerja dengan mengumpul rosin iaitu sejenis damar berwarna coklat dan kuning yang didapati daripada pokok pain. Dia sudah biasa mempunyai tabiat masa makan yang tidak tetap dan kerap memakan dari lebihan makanan.
Dr Quan Xuwei yang menjalankan pembedahan ke atas Cik Chen berkata batu hempedu telah terbentuk dengan banyaknya kerana Cik Chen telah meninggalkan pengambilan sarapan pagi selama 10 tahun.
Sumber : Hezhou Guangji Hospital General Surgery
Dr. Quan Xuwei menjelaskan apabila seseorang itu meninggalkan pengambilan sarapan pagi, pundi hempedu akan berhenti mengecut dan mengembang.
Ini akan menyebabkan pembentukan hempedu yang akan menjadi batu hempedu dengan peningkatan tahap kalsium dan kandungan kolesterol yang tinggi di dalam badan.
Namun berbeza dengan pendapat seorang doktor dari United Kingdom bernama Dr. George Webster yang merupakan Timbalan Presiden Persatuan Gastronterologi British. Beliau menyatakan, tabiat pengambilan diet tidak memberi kesan dalam membentuk batu hempedu di dalam pundi hempedu atau batu di hati. Ia hanyalah ‘spekulasi yang asli’ dengan tiada apa-apa bukti secara saintifik untuk menyokong spekulasi itu.
Dr. Webster menambah ramai penduduk di China dan Asia Timur membentuk batu hempedu di pundi hempedu dan hati dengan kemungkinan atas sebab bertambahnya jumlah jangkitan di dalam saluran hempedu.
Punca secara global mengenai bagaimana pembentukan batu hempedu boleh terjadi adalah masih tidak jelas.
Walau bagaimanapun, pengambilan sarapan pagi itu sememangnya penting untuk memberikan kita hari yang bertenaga dan meninggalkan pengambilannya boleh memberi kesan jangka panjang kepada tubuh badan.
Kredit : Era Baru
P.S. 1 – Siapa Yang Cipta Allah. Ini Jawapan Seorang Imam Yang Buat Ramai Umat Islam TERKEJUT !!!
P.S. 2 – Inilah 4 TANDA Malaikat Maut BERITAHU Ajal Kita Nak Tiba TAPI Ramai Buat-Buat TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Inilah 12 Gambar Rumah Baginda Nabi Muhammad S.A.W Yang Mungkin Anda Tak Pernah Lihat !!!
P.S. 4 – Maklumat Sulit NASA Terbongkar..Temui Satu Tanda Kiamat Di Sungai Eufrat Yang MENGGERUNKAN !!!
P.S. 5 – PERHATIAN.. Jangan MINUM Air Botol Plastik Dalam Kereta Anda… Ini Akibatnya……
The post 200 Batu Dikeluarkan Daripada Badan Wanita Ini, Puncanya Buat Doktor TERPANA !!! appeared first on BISKUTMANIS.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment