'Mulut orang saya tak boleh tutup' - Norsuziyana terpaksa tutup akaun FB, Twitter dan Instagram
JENGKA, PAHANG - Norsuziyana Natasya Mohd Hasim terpaksa menyahaktifkan akaun Facebook, Twitter dan Instagramnya selepas video aksi comel dirinya mengenyit mata dan melambai pada jurugambar, dikecam netizen, lapor Harian Metro.
Norsuziyana, anak bongsu dari enam beradik, menerima pelbagai reaksi dari netizen yang memuji aksi comelnya itu selain memiliki rupa paras yang cantik dan menawan.
Namun, Norsuziyana tidak menyangka ada segelintir individu yang tidak senang dengan video klip 8 saat yang viral di media sosial itu.
"Jurugambar suruh saya buat muka 'cute', senyum dan pandang pada kamera. Saya buat, tetapi tak tahu untuk siaran televisyen.
"Ada yang mengecam hanya disebabkan kehadiran saya pada majlis Hari Peneroka Felda 2017 itu dan dikaitkan dengan isu politik.
"Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai anak menemani ibu, Roslina Karim, 57, yang mahu ke sana. Ayah saya sudah lama meninggal dunia," katanya yang mempunyai darah campuran Cina sebelah bapa.
Walaupun dikecam di media sosial, Norsuziyana yang berasal dari Felda Jengka 21, Pahang, menerima segala kecaman itu dengan hati terbuka dan tahu keluarganya sentiasa memberi sokongan dan semangat yang tidak berbelah bahagi pada dirinya.
"Terus terang saya katakan, saya menangis membaca komen yang negatif itu. Saya mengadu kepada ibu dan memeluknya sambil bertanya, adakah saya telah memalukannya?
"Ibu jawab, 'tidak, mak bangga ada anak macam kamu. Anak yang kuat di luar dan tersenyum, tetapi di dalam, air mata yang keluar'," katanya.
"Sejujurnya saya tidak pernah mengalami situasi seperti ini. Orang di luar tidak mengenali saya, tetapi ibu, adik beradik dan kawan-kawan saya, kenal saya macam mana," katanya.
Katanya, dia terbuka sekiranya mendapat peluang yang lain selepas ini seperti dalam bidang peragaan dan bidang seni kerana dia memang berminat serta sudah mendapat 'lampu hijau' dari keluarganya.
Semakan netizen di media sosial mendapati, Norsuziyana telahpun bertunang dengan jejaka pilihannya.Tidak kurang juga, ada netizen yang menasihatkan jejaka-jejaka di luar sana boleh membuat pilihan yang lain seperti dalam gambar yang dikongsikan.
Gurau je, jangan ambil serius pula. |
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment