Viral rakaman dashcam penunggang motosikal rempuh kereta rosak di lorong kanan
Dalam kejadian yang berlaku pada pagi kelmarin, penunggang motosikal terbabit yang ditunggang dengan laju, gagal mengelak sebuah kereta yang rosak di lorong kanan lalu merempuh kenderaan tersebut.
Saksi, Manster Wirman, yang kebetulan berhenti di belakang kereta itu difahamkan sedang menunggu diberikan ruang untuk masuk ke lorong bersebelahan selepas menyedari kereta di depannya itu rosak.
Bagaimanapun, berdasarkan rakaman video kereta Manster, penunggang motosikal terbabit datang dari arah belakang dengan laju dan masuk ke lorong kanan dari lorong tengah, tidak menyedari ada sebuah kereta yang rosak di lorong itu, lalu merempuh belakang kereta itu.
Impak dari kemalangan tersebut, penunggang 'melekat' di belakang kereta itu, manakala pemboncengnya melambung ke udara dan kelihatan topi keledar yang dipakainya tercabut sebelum jatuh dan kepalanya terhentak di jalan raya.
Tidak diketahui keadaan kedua-dua mangsa dan pemandu kereta berkenaan.
Tidak diketahui keadaan kedua-dua mangsa dan pemandu kereta berkenaan.
Selepas Manster memuat dua video kejadian itu di Facebook, ia mencetuskan perdebatan di antara netizen yang berpendapat, ada 'individu' yang perlu dipersalahkan dalam kemalangan yang sepatutnya dalam dielakkan itu.
Ada segelintir percaya, kereta yang rosak itu sepatutnya berhenti di lorong kecemasan, bukannya berhenti di lorong kanan. Tidak kurang juga ada yang merasakan penunggang motosikal itu sendiri yang membahayakan diri dan pemboncengnya kerana menunggang motosikalnya itu dengan laju.
Bagaimanapun, rata-rata netizen berpendapat bahawa, Manster adalah penyebab utama kemalangan itu kerana dia berhenti di tengah-tengah antara lorong kanan dan lorong tengah, menyebabkan penunggang motosikal itu tidak menyedari ada sebuah kereta rosak di hadapannya.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment