Kereta kebal rempuh kereta pengganas bawa 100 kg bahan letupan
Dalam kejadian yang berlaku di pusat pemeriksaan tentera di Sinai Utara semalam, mengorbankan tujuh orang awam, termasuk dua kanak-kanak selepas kereta tersebut meletup.
Bagaimanapun jika bukan kerana tindakan kru kereta kebal terbabit, jumlah orang awam yang terkorban pastinya lebih besar.
Jurucakap tentera Mesir berkata, sehingga 50 orang awam dan anggota tentera terselamat ekoran tindakan kru kereta kebal mereka.
"Ini langkah terbaru bagi menghalang serangan bom kereta pengganas. Tentera Mesir bersedia melakukan pengorbanan seperti ini demi menyelamatkan rakyat dan mempertahankan kedaulatannya," katanya.
Kereta kebal itu terus merempuh kereta terbabit dan orang ramai yang melihat kejadian itu terus bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Selepas merempuh kereta tersebut, kereta kebal itu mengundur ke belakang dan tiba-tiba kereta yang membawa bahan letupan itu meletup menyebabkan beberapa orang di sekitarnya terbunuh.
Mesir menghadapi serangan pemberontak yang disokong kumpulan IS. Pengganas IS pernah melancarkan beberapa serangan terhadap tentera dan polis Mesir, termasuk serangan di satu pusat pemeriksaan di Sinia pada 7 Julai lalu yang menyebabkan 21 anggota tenteranya terbunuh.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment