Saintis Beri DADAH Kepada Labah-Labah Yg Sedang Buat Sarang, Hasilnya Sangat MENGEJUTKAN !!!

Saintis Beri DADAH Kepada Labah-Labah Yg Sedang Buat Sarang, Hasilnya Sangat MENGEJUTKAN !!! | Para saintis NASA telah menjalankan kajian tentang kesan dadah ke atas fungsi motor dan sistem badan labah-labah. Mereka memberikan beberapa jenis dadah yang berbeza dan memerhatikan kesan dadah tersebut ke atas labah-labah. Jom tengok hasilnya.

Menurut laman Era Baru, kajian yang dilakukan oleh pihak NASA ini bukanlah perkara baru yang dibuat oleh para saintis. Pada tahun 1948, seorang ahli zoologi dari Jerman bernama H.M Peters telah menjalankan kajian tingkah laku labah-labah dengan melihat pembentukan sarangnya.

Pada mulanya, Peters mulai menjadi bosan menunggu labah-labah membina sarang kerana ia hanya aktif bermula pada pukul 2 hingga 5 pagi setiap hari.

Rakan Peters bernama P.N Witts yang merupakan seorang ahli farmasi telah mencadangkan idea memberi beberapa jenis dadah yang dicucuk ke dalam tubuh lalat untuk dimakan oleh labah-labah.

Pada mulanya Witts mencuba dadah amphetamine dan sememangnya terdapat perbezaan bentuk pada sarang labah-labah dari yang normal.

Selepas itu mereka mencuba dengan memberi sedikit sahaja dos marijuana, LSD, kafein dan mescaline untuk melihat bagaimana reaksi labah-labah itu dengan dadah yang berbeza.

Mereka merakamkan setiap satu bentuk sarang labah-labah dengan pengambilan dadah yang berbeza.

Dari situ dapat dilihat tingkah laku dan kecekapan motor pemikiran labah-labah adalah berbeza-beza mengikut dadah yang diberi.

Kajian yang dijalankan oleh Witts dan Peters diulangi oleh NASA dengan menambah baik mengikut teknologi terkini.

Dengan melihat pembentukan sarang yang berbeza mengikut jenis dadah yang diberi, NASA dapat mengukur dan membezakan kesan toksik dari bahan kimia yang diberi kepada haiwan dan hasil ujikaji dari labah-labah lebih menjimatkan kos dan masa seperti yang biasa dijalankan ke atas tikus makmal.

Lihat bentuk sarang labah-labah ini yang normal tanpa dadah dan yang diberikan dadah yang berbeza :

1. Normal tanpa dadah

2. Sarang labah-labah yang diberi marijuana

Sarang ini dibuat dengan separuh siap. Pada mulanya labah-labah membuat sarangnya seperti biasa tetapi lama-kelamaan ia hilang fokus dan meninggalkan sarangnya.

3. Sarang labah-labah yang diberi benzedrine

Pada mulanya labah-labah ini sangat bertenaga membina sarangnya, tetapi tanpa mempedulikan ketelitian dalam membentuk sarang yang normal.

Akhirnya dengan hanya perasaan teruja, sarang dihasilkan dengan jurang dan jarak yang semakin besar.

4. Sarang labah-labah yang diberi kafein

Sarang yang dibuat lebih kecil, dengan jarak yang lebar dan sel yang tidak teratur. Ia kekurangan ketelitian seperti labah-labah normal membuat sarangnya.

5. Sarang labah-labah yang diberi chloralhydrate

Sarang ini ditinggalkan dengan cepat oleh labah-labah yang berputus asa kerana lemah. Labah-labah hanya sempat membuat jaringan yang panjang tanpa menyambungkan jejaring antara satu sama lain.

6. Sarang labah-labah yang diberi LSD

Dengan sedikit sahaja dos LSD, labah-labah ini masih mampu mengekalkan bentuk sarang dengan lebih geometrik seperti mana labah-labah normal walaupun jaraknya tidak sedekat buatan labah-labah normal.

Hasil kajian ini jelas menunjukkan yang dadah memberi kesan negatif kepada labah-labah dari segi pemikiran, penumpuan dan tenaga badan. Maka ianya juga tidak memberi kesan positif kepada manusia.

Lihat video:-

Sumber:- Era Baru

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

The post Saintis Beri DADAH Kepada Labah-Labah Yg Sedang Buat Sarang, Hasilnya Sangat MENGEJUTKAN !!! appeared first on EKSIDENZ.



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.