'Kami tak ada persefahaman' - Siti Saleha sah bercerai dengan suaminya
Pelakon Siti Saleha Mohd Baharum, 32, dilaporkan telah sah bercerai dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 36, hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.
Dalam kenyataan ringkasnya kepada media, dia mengakui rumah tangga yang dibina selama empat tahun hanya mampu bertahan sehingga hari ini dan reda dengan apa yang berlaku.
"Okay, untuk hari ini kami sudah bercerai secara baik. Jodoh kami tidak panjang, sampai di sini saja. Itu sajalah saya nak cakap. Selebih itu saya tak nak ulas apa-apa," katanya.
Apabila ditanya mengenai punca perceraian, Saleha menjawab, "Kami tak ada persefahaman, itu saja, Terima kasih," katanya.
Lapor Harian Metro, Saleha memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 13 Oktober 2021 selepas mendapat kebenaran mahkamah. Kali terakhir Saleha memuat naik gambar dirinya bersama suami adalah pada 24 Mac 2021 sempenam eraikan ulang tahun kelahiran suaminya.
Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017 dan perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber: Harian Metro
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment