'Saya sedih lihat jasad anak ditutup dengan kain' - Iswara terbabas rempuh tiang, penumpang maut akibat tercampak keluar


Seorang wanita maut, manakala teman lelakinya parah dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Sedia Raja-Mampong, pada jam 10 pagi, Rabu lalu. 


Mangsa, Mariana Arif, 21, berasal dari Kampung Tanjung Sena Hulu, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahgian kepala. Teman lelakinya, Muhammad Aiman Norhazmi, 22, mengambil paru-paru bocor, pendarahan dan hancur tulang rusuk. 


Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, kereta Proton Iswara Aeroback yang dipandu Muhammad Aiman dikatakan terbabas lalu merempuh tiang yang menyebabkan Mariana tercampak keluar. 


Jenazah Mariana telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjong Sena kelmarin oleh Amal Team Rembau. 


Sementara itu, bapa kepada Mariana, Arif Sharkawi, 67, berkata hatinya hancur berkecai tatkala dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anak perempuan tunggalnya. 



"Sebaik tiba di lokasi kejadian, saya sangat sedih apabila melihat jasad anak saya ditutup dengan kain. Sehingga kini saya masih terbayang-bayang wajahnya," katanya. 


Difahamkan Mariana dan Muhammad Aiman berhasrat untuk mendirikan rumah tangga pada 26 Jun ini, yang juga merupakan tarikh ulang tahun kelahirannya. Arif percaya Muhammad Aiman mampu menjaga anak perempuannya itu kerana dialah yang mengambil dan menghantar anaknya ke tempat kerja di sebuah kilang di Chembong. 


Sumber: Kosmo! Online



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.