(Video) 'Saya minta maaf & harap dapat berjumpa dengan Anuar Zain, hajat besar ada, projek besar ada' - Dato' Seri Vida
Susulan dikecam teruk oleh netizen kerana dituduh menyebut penyanyi tersohor Anuar Zain sebagai lelaki songsang atau gay, usahawan kosmetik Dato' Seri Vida atau Hasmiza Othman tampil memohon maaf secara terbuka.
Walaupun sebelum ini Vida telah menafikan dakwaan tersebut dengan menjelaskan dia sebenarnya menyebut 'Kay' yang membawa kepada maksud 'Okay', bukannya 'Gay', Vida dengan rasa rendah hati memohon maaf kepada penyanyi itu.
"Saya memohon maaf di atas kekhilafan, kekeliruan, atas mungkin kata-kata saya yang mengguris hati banyak pihak, para peminat, keluarga dan Anuar Zain.
"Saya minta maaf banyak-banyak. Saya tidak bermaksud dan berniat, mungkin terlepas cakap atau gurauan tanpa sengaja ke. Saya tak boleh ingat balik apa yang saya cakap itu sebab benda itu dah lama. Jadi baru sekarang ini muncul (viral).
"Apa pun saya minta maaf, saya tidak berniat langsung dan saya memang meminati sangat Anuar Zain.
"Tapi bila keadaan menjadi keruh dan kalut seperti ini, apa lagi yang boleh saya katakan melainkan saya mohon banyak-banyak rakyat Malaysia, Anuar Zain, keluarga Zain. Maafkanlah saya dan saya berharap sangat-sangat dapat berjumpa dengan Anuar Zain. Hajat besar ada, projek besar ada. InsyaAllah," katanya.
Video permohonan maafnya yang dimuat naik di Instagram turut ditag pada nama Anuar Zain dan Ziana Zain. Namun ruangan komen ditutup sepenuhnya dan Vida dipercayai berbuat demikian kerana tidak mampu menahan kepedihan mata membaca komen-komen pedas netizen.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dari dua beradik berkenaan dan Anuar Zain dilihat tidak begitu mengendahkan kontroversi yang ditimbulkan oleh Vida dan sibuk dengan aktiviti seninya.
Sumber: Instagram Dato' Seri Vida
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment