'Saya nampak perubahan Daniel, dia benar-benar sudah insaf' - Datuk bersyukur cucunya dah insaf & datang mohon maaf
Remaja lelaki yang dimandikan seperti jenazah kerana cuba mencuri tabungg masjid untuk membeli bekalan dadah beberapa minggu lalu dikatakan sudah berubah dan insaf dari perbuatannya memalukan keluarganya itu.
Datuknya, Rosli Sidek, 65, berkata, dia nampak cucunya, Daniel Iskandar, 19, benar-benar sudah insaf dan datang memohon maaf kepadanya.
"Saya nampak perubahan Daniel, dia benar-benar sudah insaf dan juga sudah meminta maaf. Saya sendiri sudah memaafkannya," katanya.
Terdahulu, Daniel bersama keluarganya datang ke Masjlid Al Islahiah untuk bertemu dengan pihak pengurusan, yang turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Timbalan Mufti Selangor Prof Madya Dr Miszairi Sitiris.
Bagi Rosli, pertemuan yang diadakan semalam akhirnya dapat meleraikan apa yang terbuku dan saling bermaaf-maafan.
"Kita dapat satu kata putus untuk saling bermaaf-maafan lebih-leibh lagi diadakan di masjid satu tempat mulia bagi orang Islam. Kita tak mahu lagi anasir luar mengambil kesempatan menghina Islam kononnya orang Melayu Islam melakukan keganasan. Ini mengecewakan saya.
"Daniel masih muda dan mungkin dia bergaul dengan rakan-rakan yang salah serta tidak mendapat didikan yang baik. Daniel sekarang pun sudah diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ditempatkan di satu pusat untuk merawatnya.
"Bagaimanapun saya perlu tabah dan menganggap ini ujian dari Allah. Cuma saya sedih apabila kejadian ini disensasikan dan ada tokok tambah hingga mendapat kecaman dari pelbagai pihak," katanya.
Di media sosial, netizen menyambut baik perubahan remaja berkenaan dan berharap peluang yang diberikan itu dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjadi insan yang baik.
Sumber: Harian Metro
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment