Adi tiba-tiba mengamuk, tetak 4 ahli keluarga sehingga cedera parah



Seorang lelaki berusia 38 tahun secara tiba-tiba mengamuk dan menetak empat ahli keluarganya yang sedang menanti waktu berbuka puasa. 


Ketua polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian itu berlaku pada jam 7.11 malam kelmarin di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili dan pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 8.22 malam. 


Siasatan awal mendapati, suspek dikatakan tiba-tiba mengamuk dan menetak isterinya, 34, ibu mentua, 50-an, serta dua adik iparnya berusia 16 dan 31 tahun, menggunakan parang sebelum melarikan diri. 


Kesemua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian leher, kepala dan tangan akibat dilibas dengan parang, dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan dan keadaan mereka kini dilaporkan stabil. 


Punca kejadian masih belum diketahui dan polis kini sedang memburu pekerja ladang nanas itu yang dikenali sebagai Mohd. Adi Hashim, berusia 38 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. 


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan. 


Sumber: Harian Metro, Kosmo! Online



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.