'(Anak) speech delay kenapa? Sebab main phone, padan muka' - Cikgu sekolahkan ibu bapa kerap beri handphone kepada anak



Tular di media sosial video luahan seorang guru wanita berhubung kanak-kanak yang dihantar ke tadika masih belum mahir menguruskan dirinya dan menuding jari pada ibu bapa yang tidak memainkan peranan dalam mendidik perkara asas kepada anak masing-masing. 


Cikgu Ayu terdahulu mengulas mengenai satu kes di mana permohonan kemasukan seorang kanak-kanak ke sebuah tadika tidak diterima hanya kerana terkencing dalam seluar. Menurutnya, tindakan pihak tadika tidak wajar di mana mereka sepatutnya melakukan pemerhatian selama dua minggu, bukannya terus menolak permohonan kemasukan kanak-kanak itu.


Walau bagaimanapun dalam kejadian itu, bukan guru berkenaan yang harus dipersalahkan, tetapi ibu bapa yang tidak mengajar anaknya berusia 4 tahun itu yang sepatutnya sudah pandai menguruskan diri sendiri. 


"I tak salahkan cikgu tu, I salahkan parent tu. Empat tahun beb, empat tahun ke enam tahun sepatutnya anak korang dah boleh uruskan diri sendiri. Parents, korang dah ada anak dua tiga orang, tak boleh ke nak ajar diorang seawal tiga tahun lepas pampers. Tak boleh? 


"Pergi hantar (anak ke) tadika Taman Didikan Kanak-Kanak, ianya tidak bermaksud mendidik anak kau pergi ke berak/kencing dalam tandas. Tetapi tempat untuk mendidik anak menguasai 4M, menguasai suku kata, mengira dan semua. 



"Kalau kitorang ni nak fokus pada masalah kanak-kanak kencing, tukar pampers apa semua, alamatnya anak korang tak pandai membaca. Kalau anak tak pandai membaca, cikgu juga yang akan dipersalahkan. Sekarang memang kuat viralkan cikgu, sekarang saya viralkan juga sikap ibu bapa yang tak peka dengan perkembangan anak-anak sendiri. 


"(Kenapa anak mengalami masalah) speech delay? (Sebab) main phone, padan muka. Geram dengan parents yang suka bagi phone dekat anak. Bila anak speech delay, salahkan cikgu. Kau rasa?


"Kadang-kadang kita parents ni kena tengok juga apa yang kita buat salah. Anak berusia empat tahun, kau dah boleh ajar anak uruskan diri sendiri. Tengok juga kesalahan diri, ini tak, semua nak salahkan cikgu. Eh? Cikgu ke mak bapak kepada anak murid? 


"Beranak pandai, tapi ajar anak uruskan diri pun tak reti. Asyik bagi phone, phone, phone.. Sampai ke sudah anak tak tahu apa. Menulis pun tak reti disebabkan motor halusnya lemah. Asyik tekan phone jer. tak ada main pasir," katanya. 


Di media sosial, netizen memberikan pelbagai reaksi berbeza. Ada yang menyokong, tidak kurang yang membantah kerana setiap anak-anak itu berlainan kemampuannya.


"Empat tahun kot, tak payah la akademik sangat. Ajarlah bersosial dulu, berinteraksi. Mak dan ayah pun sebelum hantar anak pergi ke sekolah, pastikan anak dah potty trained. Ada sesetengah budak bukan tak reti tetapi nervous bila berada di tempat baru. Some pula ada development issues yang parents pun tak tahu sebab mungkin anak sulung dan tak ketara. Apa pun, cikgu tak payah kekwat sangat," katanya netizen. 


"Aku team cikgu. Mak bapak sekarang BBNU dan hati tisu. Nak tegur, kena lemah lembut. Tegur tepat ke hati macam Cikgu Ayu ni, memang sentap semua. Anak kau empat tahun, masih pakai diapers, memang something wrong lah," kata netizen lain. 


Sedar ramai yang kurang senang dengan kenyataannya, Cikgu Ayu tampil memohon maaf sekiranya ada yang terasa dengan celoteh paginya itu. 


"Sebenarnya saya tak ada niat nak cerca parents atau mereka yang ada anak berpendidikan khas. Untuk pengetahuan, saya memang terima anak-anak berpendidikan khas seperti speech delay. Dalam kelas saya pun ada. 


"Saya sedaya upaya mengajar mereka untuk menguasai bahasa dengan baik. Saya tak pernah sisihkan mereka. Yang mana terkencing, terberak pun ada dalam kelas. 


"Apa yang saya tekankan adalah, sekurang-kurangnya anak berusia empat tahun sudah bebas pampers sebelum dihantar ke sekolah. Mungkin dengan nada yang kurang sesuai semalam, jadi saya mohon maaf kepada mereka yang terasa dengan saya. 


"Mungkin parents tak sedar lagi bagi anak phone 24 jam, mungkin anak awak masih normal. Tapi ada sesetengah orang bersetuju mengatakan dia bagi anak phone 24 jam dan anak dia hampir mengalami speech delay. 


"Saya bercakap berdasarkan apa yang saya lalui, apa yang saya dapat anak murid saya. Saya tak nak parents di luar sana dapat benda ini. Saya nak sampaikan itu, mungkin ada yang salah faham. 


"Ada sesetengah itu memang begitu sejak dari lahir, pra-matang. Saya pun ada anak dilahirkan pra-matang. Doktor kata, mungkin dia akan lambat beberapa perkembangan. Itu kita akui dan ujian dari Allah. 



"Ada yang kata saya belum diuji. MasyaAllah, pelbagai ujian saya dah lalui untuk anak-anak saya. Jadi, saya tak nak parents ulang benda yang sama. Itu yang saya nak sampaikan sebenarnya tetapi dengan nada yang salah.


"Dengan rendah hati, rendah diri, saya mohon maaf kepada mereka yang terasa dengan saya. Saya minta maaf banyak-banyak. Saya pun ibu kepada tiga orang anak. Apa yang saya cakap semalam adalah apa yang saya buat pada anak, memang saya potty training anak-anak," katanya.


Sumber; Video Viral Malaysia



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.