Bapa 'Baby Syifaa' dilarang keluar kenyataan di media sosial, bimbang ganggu perbicaraan kes kematian anaknya

Yuseri Yusoff | Foto Free Malaysia Today


Bapa kepada arwah Baby Syifa diperintah oleh Mahkamah Sesyen Seremban untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau dokumen berkaitan dengan kes kematian anak perempuannya di media sosial sehingga prosiding selesai. 


Hakim Rushan Lutfi Mohamed mengeluarkan perintah tersebut selepas mendapat permohonan daripada Pengarah Pemndakwaan Negeri Sembilan, Badius Zaman Ahmad dan Timbalan Pendakwa Raya Husni Fairos Ramly. 


Pada prosiding berkenaan, Husni berkata, permohonan itu secara dasarnya bagi menghalanmg Yuseri Yusoff, 39, untuk memuat naik sebarang komen atau perkongsian di media sosial yang menyentuh peranan dan tanggungjawab mahkamah, Jabatan Peguam Negara dan polis. 


Selain itu, ia juga bagi memastikan prosiding inkues kes tersebut berjalan lancar sepanjang pendengaran inkues di mahkamah. 


Mahkamah kemudian menetapkan tarikh perbicaraan pada 22 September, 10 November dan 17 November depan. 


Sementara itu, Yuseri yang hadir ke mahkamah kelihatan berang dengan perintah yang dikeluarkan itu sebelum meluru keluar dari mahkamah. 


Pada 23 Februari lalu, Baby Syifaa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dipercayai lehernya tersangku pada kain buaian di sebuah pusat asuhan di Sendayan.


Sumber: Harian Metro





Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.