Subsidi minyak masak dimasukkan, Elaun Pengerusi FGV pula dinaikkan RM480K & FELDA kata kenaikan itu adalah wajar



Kerajaan telah mengumumkan mengenai subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini. Kesan daripada itu juga, harga minyak masak bagi jenis tersebut akan mengalami kenaikan. 


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi walaubagaimanapun menjelaskan, subsidi bagi minyak masak paket satu kilogram (kg) masih diteruskan.


Isu sebegini sudah pasti menggusarkan rakyat. Kenaikan harga barangan yang semakin meningkat akan menjejaskan pendapatan mereka. Peniaga, terutamanya juga akan berdepan dengan krisis kenaikan harga ini.


Di sebalik kebimbangan rakyat mengenai isu ini, ada pula dakwaan yang menyatakan ada pihak pula yang mendapat manfaat lain. Tular ketika ini di Twitter, ada pihak yang mendedahkan Lembaga pengarah Felda Global Ventures (FGV)  dinaikkan elaun. Malah, Pengerusi FGV mendapat kenaikan sehingga berpuluh ribu.


Dakwaan tersebut juga menyatakan sepatutnya pada mesyuarat tersebut dibincangkan mengenai isu perniagaan dan peneroka, tetapi laporan penuh itu menyatakan perbicangan mengenai isu kenaikan elaun Pengerusi kepada RM 480,000.00.  Bukan itu sahaja, kenderaan rasmi juga ditukar baru beserta elaun kereta RM18,000 sebulan.







Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq  Syed Abdul Rahman juga melahirkan kerisauan dengan isu tular ini dan menyatakan duit Felda adalah duit rakyat.


“Gaji dah tinggi, dia naikkan lagi. Peneroka Felda tak dapat apa-apa. Orang atasan dapat semuanya. Elaun Pengerusi FELDA naik dari RM300,000 ke RM 480,000 setahun. Saya betul-betul risau. FELDA ini adalah syarikat milik kerajaan.


“Duit FELDA duit peneroka FELDA, duit rakyat,” tulisnya melalui ciapan di Twitter.


KENAIKAN ELAUN ADALAH WAJAR - FELDA


Bagaimanapun, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berkata, kenaikan elaun Lembaga Pengarah FGV adalah wajar setelah sekian lama tidak pernah disemak. 


Malah katanya, langkah itu adalah sejajar dengan prestasi syarikat yang mencatatkan pencapaian terbaik pada 2021 di mana FGV memperoleh keuntungan selepas cukai sebanyak RM1.175 bilion. 


"Semakan ini juga merangkumi elaun Pengerusi dan turut membabitkan elaun kereta yang hanya diklasifikasikan semula kepada yuran pengarah. Perubahan ini bersesuaian dengan tanggungjawab Lembaga Pengarah untuk menguruskan syarikat tersenarai yang bermodal pasaran cukup besar seperti FGV," katanya. 


Khamis lalu, majoriti pemegang saham FGV telah meluluskan 13 resolusi yang dibentangkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) syarikat perladangan itu termasuk menaikkan elaun Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarahnya. 


Elaun Pengerusi Bukan Eksekutif FGV dinaikkan dari RM300,000 kepada RM480,000 atau bersamaan RM25,000 kepada RM40,000 sebulan bagi tempoh satu tahun, bermula 24 Jun 2022 sehingga AGM akan datang.


Imbuhan Pengarah Bukan Eksekutif FGV bagi tempoh sama juga naik daripada RM120,000 kepada RM150,000 atau dari RM10,000 kepada RM12,500 sebulan.


Sumber: Fakta Bukan Auta, Encik Adam Mukhriz, Syed Saddiq, Berita Harian



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.