Puad mahu saman Mahathir RM3 bilion kerana 'melepaskan' Pulau Batu Puteh kepada Singapura



Baru-baru ini, Menteri Besar Johor, On Hafiz Ghazi menggesa tindakan undang-undang dikenakan terhadap 'pengkhianat' yang menyebabkan negara kehilangan Pulau Batu Puteh dan terlepas ke tangan Singapura. 


Speaker DUN Johor, Puad Zarkashi pula menawarkan diri untuk memfailkan samna terhadap bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, walaupun Onn Hafiz tidak menamakan 'pengkhianat yang diamksudkan. Tetapi bagi Puad, semua tahu Mahathir adalah individu yang bertanggungjawab di atas kehilangan pulau tersebut. 


Walaupun rayuan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak boleh difailkan, ADUN Rengit itu mahu Ahli Parlimen Langkawi berkenaan diberi pengajaran di mana dia akan memfailkan saman RM3 bilion. 


"Sebagai pengajaran kekal, Tun Mahathir mesti disaman dan bayar ganti rugi. RM3 bilion paling sesuai, baru padan.. 


"Justeru, saya tawar diri untuk saman Tun M. Ini soal maruah kerana dia jual kedaulatan Johor dan negara," katanya.


Untuk pengetahuan umum, kerajaan persekutuan telah memfailkan permojhonan pada 2017 bagi semakan keputusan ICJ pada 2008 yang memutuskan Singapura mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh. 


Namun, kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pentadbiran Mahathir telah menarik balik rayuan itu sejurus selepas mengambil alih kuasa pentadbiran di Putrajaya pada 2018. 


Seorang individu bernama Hatta Sanuri turut memfailkan saman pada 28 Mei tahun lalu, dengan menamakan Mahathir dan kerajaan sebagai defendan.


Hatta mempertikaikan tindakan kerajaan menarik balik permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan ICJ bahawa Singapura mempunyai kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh.


Kerajaan berkata ia mengikut nasihat pakar undang-undang asing untuk menarik balik rayuan ke atas tuntutan pulau berkenaan. Perkara ini dinyatakan sebelum ini oleh bekas peguam negara, Tommy Thomas.


Sumber: MalaysiaKini



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.