Beri kad UNHCR 'macam air' kepada pati/pelarian tanpa rujuk pihak berkuasa, MKN cadang pejabat UNHCR ditutup terus



Majlis Keselamatan Negara (MKN) mencadangkan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia ditutup.


Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md Saad berkata, cadangan itu dibuat kerana UNHCR didapati mengeluarkan kad kepada pelarian dengan sewenang-wenangnya tanpa merujuk pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Imigresen. 


"Keputusan ini tidak adil untuk kita (rakyat Malaysia). Apabila UNHCR tidak merujuk pihak berkuasa kita terlebih dahulu, tindakan mereka seolah-olah tidak menghormati negara kita,"katanya. 


Disebabkan tindakan UNCHR yang tidak bertanggungjawab itu juga telah menarik minat ramai pendatang asing tanpa izin (PATI) datang ke Malaysia untuk menikmati kemudahan dan mencari perlindungan dengan memohon kad UNHCR. 


Bagi menghalang 'pencerobohan' itu, MKN menegaskan, kerajaan peru menguruskan pelarian sendiri yang akan dikendalikan oleh pihaknya bersama agensi penguatkuasaan lain mengikut peranan masing-masing. 


"Kita akan urus bersama tapi kita ada satu jawatankuasa tadbir urus di peringkat kementerian yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein," katanya. 


Penutupan pejabat UNHCR itu tidak mungkin akan dilaksanakan dalam masa terdekat kerana pelbagai faktor yang perlu diambil kira termasuk mengukuhkan arahan MKN nombor 23 terlebih dahulu. 


"Selagi kita tidak dapat membentuk satu pengurusan yang baik, kita tidak akan melaksanakannya. MKN sedang meneliti mekanisme yang sesuai dalam memastikan pelaksanaannya mantap dan teratur sebelum cadangan disyorkan kepada kerajaan. 


"Pelan kerangka sudah ada supaya kita sendiri menguruskan PATI dan juga pelarian di negara kita tanpa campur tangan asing," katanya.


Sumber: Harian Metro 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.