(Video) 'Penjual mangga tu punca!' - Rider kemalangan gara-gara driver Axia berhenti beli buah di simpang lampu isyarat



Seorang penunggang motosikal menjadi mangsa langgar lari dalam kejadian yang berlaku di susur masuk ke Bangi di Lebuhraya SKVE dari Hospital Serdang menghala ke Kajang. 


Dalam kejadian yangg berlaku kira-kira jam 1.49 petang Jumaat, 9 September 2022, seorang pemandu Perodua Axia memberhentikan kenderaannya di lorong kanan untuk membeli buah dari penjual buah walaupun tahu lampu isyarat hijau untuk laluan tersebut. 


Tindakannya yang tidak bertanggungjawab itu menyebabkan sebuah kenderaan SUV, Nissan X-trail terpaksa menukar haluannya dengan memasuki lorong kiri. Meskipun 'signal' telah dinyalakan, tahap kejelasan lampu isyarat tersebut kurang jelas.


Dalam masa sama, penunggang motosikal yang sedang memotong tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta SUV terbabit dan terjatuh di atas jalan raya.


Terkejut melihat kejadian itu, pemandu Axia dan X-trail itu segera melarikan diri tanpa menghiraukan keadaan mangsa yang ditimpa motosikal. 


Video rakaman dashcam saksi menunjukkan, mangsa kemudian didatangi oleh penjual buah dan posmen yang menghulurkan bantuan kepadanya. 



Di media sosial, netizen menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penjaja buah dan pemandu Axia yang jelas menjadi punca kemalangan itu, termasuk pemandu X-trail yang bertindak melarikan diri. 


"Aku harap orang Malaysia tolong jangan normalisekan beli mangga/jeruk tepi jalan macam ni. Selagi ada orang membeli, selagi itu ada orang menjual. Jalan raya bukan tempat berniaga," kata Zul. 


"Sebab tu pihak berkuasa tak bagi jual mangga atau apa-apa sekali pun di tengah-tengah jalan. Tapi nanti datanglah manusia terpaling bagus dan suci kata nak tutup rezeki orang la, apa la. Benda macam ni la yang orang nak elakkan berlaku woi!" - kata Aliff. 


"Penjual mangga tu punca utama. Trend jual mangga cara ni ada di merata negeri. Pihak berwajib kena ambil tindakan dekat penjual haram macam ni. Buat semak jalan!" kata Zaini. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.