(Video) 'Biadabnya rider ni di saat cari rezeki' - Rider Shopee Food terajang side mirror Porsche



Tular di media sosial video seorang penghantar makanan bertindak menerajang cermin sisi sebuah kereta mewah yang mahu menukar lorong, mengundang pelbagai reaksi netizen. 


Berdasarkan video dashcam yang dimuat naik oleh saksi, kejadian itu dipercayai berlaku di lebuhraya ibu negara pada Selasa, 6 September 2022, yang membabitkan penghantar makanan Shopee Food dan kereta mewah jenama Porsche Carrera. 


Difahamkan, pemandu Porsche telah menyalakan lampu isyarat ke kiri untuk masuk ke lorong tengah dari lorong kanan, secara perlahan-lahan. 


Malangnya, beberapa buah penunggang motosikal enggan memberi laluan sehingga datang suspek yang secara tiba-tiba menerajang cermin sisi kereta itu sehingga pecah dan patah. 


Hal itu membuatkan pemandu kereta mewah itu terpaksa membatalkan hasratnya dan kekal di lorong kanan seketika sebelum cuba masuk ke lorong kecemasan untuk berhenti bagi memeriksa keadaan kenderaannya. 



Di media sosial, netizen menyelar tindakan tidak bertanggungjawab suspek yang bukan sahaja biadab, malah menyebabkan kerugian ribuan ringgit terhadap pemilik kereta itu. 


Semakan netizen di internet mendapati, harga cermin sisi bagi kereta mewah itu bernilai lebih dari RM4,000, melebihi sebulan gaji rider Shopee Food terbabit. 




"Kenapalah berperangai macam ni? Biadap di saat anda mencari rezeki. Walaupun terlepas dan tidak ditangkap, namun Tuhan akan menarik rezekinya dengan cara lain di kemudian hari," kata Mahad Dhie. 


"Kalau nak jadi rider, jangan jadi samseng jalanan la. Kau tunggu masa kau akan tiba. CCTV banyak bro, mana mau lari," kata Amy. 


Bagaimanapun, ada segelintir netizen menyalahkan pemandu Porsche dikatakan tidak peka dengan kehadiran penunggang motosikal yang sedang memecut di lorong tersebut.


"Salah kereta tu juga sebab masuk separuh lorong baru bagi signal. Orang kalau yang betulnya, bagi signal dulu pastu tengok lorongg yang nak masuk tu, baru tukar lorong. Ini dah masuk separuh jalan baru bagi signal memang mendapatlah," kata Adam Ariff. 


Malangnya, komen tersebut diselar netizen yang menegaskan bahawa penunggang motosikal tidak sepatutnya memecut ketika mencilok dan tiada salahnya untuk memperlahankan motosikal bagi memberi laluan kepada mana-mana kenderaan yang mahu menukar lorong. 


"Porsche masih dalam lorong dia. Penunggang motosikal juga kena peka, jangan biasakan cilok laju-laju. Tak salah bertimbang rasa, tekan brek perlahankan motosikal untuk beri laluan. Dalam hal ni, jelas sekali rider Shopee Food yang salah," tegas Ryu. 


Netizen berharap pihak berkuasa menyiasat kejadian tersebut dan mengambil tindakan tegas terhadap penghantar makanan terbabit yang jelas sekali dengan sengaja merosakkan kereta mangsa. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.