Benarkan Pondan Bersolat Terawih

Kuala Lumpur: Bekas peguam yang pernah mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat, Afiq M Noor, dalam satu forum menyatakan pendapat beliau yang tidak bersetuju jika masjid dibataskan kepada lelaki dan wanita sahaja.

Afiq mendakwa, beliau pernah mengalami satu peristiwa di mana dua orang mak nyah yang telah menjalani pembedahan tukar jantina telah dihalau daripada saf perempuan. Ini kerana muslimah enggan bersolat bersama mereka, dan di ruangan lelaki pula tiada yang ingin merapatkan saf bersama mereka.

“Ada dua orang transgender, dah buat operation, dia solat di belakang, tempat perempuan tapi perempuan tak bagi, maka dihalau ke depan. Ada tetek semua lengkap, pakej. Sembahyang di depan, sembahyang terawih, pakcik-pakcik ini tak nak rapat saf dengan dia,” tegas Afiq. Menurut pandangan ustaz yang berceramah pada malam itu, warga mak nyah lebih baik bersolat di rumah untuk mengelakkan fitnah.

Pandangan ini tidak digemari oleh Afiq yang lantas mempersoalkan kewujudan masjid sebagai satu tempat untuk lelaki dan perempuan sahaja. “Kemudian ada ustaz bagi ceramah dan ada orang tanya ustaz (berkenaan mak nyah yang hadir solat).

Ustaz kata, diorang ni lebih elok sembahyang di rumah untuk mengelakkan fitnah. Jadi, adakah masjid ini tempat untuk heteroseksual sahaja? Untuk lelaki dan perempuan, bukan untuk orang lain,” ujar Afiq. Menurut beliau, mak nyah tersebut telahpun banyak kali menunaikan haji dan umrah namun agama menyisihkannya sebegitu.

“Adakah kita nak gambarkan Islam ini sebagai satu agama yang “sebab kau termasuk dalam LGBT, maka kau tak ada tempat langsung dalam agama”?” tanya Afiq. menara.my telah menghubungi Afiq M Noor untuk pencerahan kepada semua kenyataan yang dibuat beliau dan perkara berbangkit berkaitan beliau sebelum ini. Wawancara bersama Afiq M Noor akan disiarkan dalam tempoh terdekat. Sila lihat minit 14:09 – 15:25




Sumber : Friscomedia

Sumber : SuperKiram

No comments

Powered by Blogger.