Gunakan arang untuk menghilangkan bau najis kucing


Ramai yang suka membela kucing, tetapi tidak tahu bagaimana cara yang betul menguruskan najis haiwan comel ini. Sehingga ada yang menimbulkan rasa kurang selesa jiran. 

Menurut Norliza Hani, penggunaan arang dapat mengatasi masalah bau najis kucing kerana arang mempunyai fungsi untuk menyerap bau yang kurang selesa itu.

Sekadar berkongsi tanggungjawab sebagai penjaga kucing. Kucing harus diberi makan dengan teratur. Jadi tuan kucing harus tahu bila dan berapa jumlah makanan yang perlu diberikan kepada kucing. Bila kucing dibela sejak dari kecil, corak pemakanannya adalah berbeza dan perlu diperhatikan. 

Selain pemakanan, banyak lagi perkara lain yang perlu diambil perhatian seperti imunisasi kucing, jadual makan ubat, temu janji doktor, mandi kucing, sikat bulu, melatih kucing untuk membuang di tempat yang disediakan dan sebagainya. 

Pemilik kucing haru bertanggungjawab dengan tindakan kucingnya dan tahu menghormati hak jiran tetangga. Kita harus memahami bahawa mungkin jiran anda ada alahan dengan kucing atau kurang selesa dengan bau-bau najis kucing yang menganggu ketenteraman awam. 

Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersumpah sebanyak tiga kali yang bermaksud:

Demi Allah, tidak beriman!
Demi Allah, tidak beriman!
Demi Allah, tidak beriman!

Apabila ditanya siapakah yang Baginda SAW maksudkan? Baginda menjawab seseorang yang jirannya berasa tidak aman dan tenang disebabkan perangai jahatnya.(HR Al-Bukhari & HR Muslim)


Tips:

Gunakan arang untuk menghilangkan bau najis kucing. Caranya ialah, letakkan sebekas arang di sebelah tandas kucing kita. Arang memiliki fungsi penyerapan yang sangat luar biasa iaitu dapat menyerap pelbagai jenis kuman dan juga bakteria yang menyebabkan bau busuk di udara.

Simpan sebotol minyak kelapa dara sebagai persediaan merawat kucing anda yang sakit. Minyak kelapa dara mempunyai banyak fungsi seperti melancarkan sistem pencernaa ndan juga mampu bertindak sebagai antibakteria kepada kucing. 


Minyak kelapa dara juga mampu meningkatkan selera makan dan antibodi kucing. Anda boleh campurkan minyak kelapa dara ke dalam makanan kucing atau suapkan terus ke dalam mulut kucing. 

Tips sudah diberi, jangan pula tuan kucing malas nak bersihkan bekas najis kucing. Pandai bela, pandailah bertanggungjawab sepenuhnya. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.