'Dia kunci pintu kereta sebab nak main handphone' - Ibu terpaksa minta bantuan bomba


Seorang kanak-kanak bertindak mengunci pintu kereta ibunya kerana mahu bermain telefon permainan dalam telefon bimbit. 

Dalam kejadian yang berlaku di Pasir Mas, Kelantan pada 21 Jun lalu, kanak-kanak terbabit dipercayai berbuat demikian kerana enggan telefon bimbit itu dirampas. 

"Dia buat perangai hari ini. Dia kunci pintu kereta dan tak nak buka sebab nak main telefon. 

"Dia pandai buka kunci pintu tu tetapi tak nak buka sebab takut orang ambil telefon dari dia. Last-last terpaksa panggil bomba. 

"Masa bomba tengah kalut nak buka pintu, dia tak tengok pun. Kita panggil pun dia buat tak tahu. Tak engok kita langsung. Bertuah punya budak," kata sumber. 




Kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Ada di antaranya menyarankan ibu bapa usah terlalu kerap memberi anak bermain telefon bimbit sehingga sukar menjalani rutin harian tanpa telefon bimbit. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.