'Sebarang bentuk kekerasan ke atas murid haruslah ditolak sama sekali' - Maszlee arah PPD JB siasat video viral pelajar dirotan sampai berbirat


Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, mengarahkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru menjalankan siasatan terhadap video viral pelajar perempuan dirotan guru di lengan dan paha dalam kejadian yang berlaku di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Johor Bahru.

Beliau berkata, siasatan itu bagi memberi keadilan kepada kedua-dua pihak.

Maszlee difahamkan, guru terbabit merotan pelajar perempuan itu kerana menegurnya sebagai cikgu pondan.

"Guru itu merotan pelajar perempuan kerana menegur beliau dengan ayat 'ah qua lao shi' (cikgu pondan) ketika guru berkenaan lalu di koridor tanpa sebab.

Sehingga kini, laporan yang saya terima dari PPD Johor Bahru, siasatan sudah mula dijalankan. PPD juga akan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa murid berkenaan.

"Masyarakat di luar diingatkan berhenti menular video dan gambar berkaitan kes itu. Ia perlu demi menjaga imej guru dan murid terbabit dan seterusnya memberi ruang kepada PPD Johor Bahru dan pihak terbabit menjalankan tugas dan siasatan sebaik mungkin.

"Dalam masa sama, saya ingin menegaskan sebarang bentuk kekerasan ke atas murid haruslah ditolak sama sekali," katanya yang turut berharap perkara itu dapat diselesaikan mengikut tatacara dan prosedur operasi standard (SOP) dalam masa terdekat.

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.