(Video) Budak 5 tahun terkena renjatan elektrik selepas sentuh besi perhiasan di pusat beli-belah


Alangkah terkejutnya seorang ibu apabila mendapati anak perempuannya berusia lima tahun terkena renjatan elektrik di hadapan matanya dalam kejadian yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Beijing, China. 

Insiden itu berlaku selepas mangsa menyentuh bahagian batang besi perhiasan yang dipasang di pusat beli-belah Beijing Parkview Green, pada 1 Jun lalu. 

Terdahulu, dalam video rakaman menunjukkan mangsa bermain sebelum memegang besi tersebut dan mengelupur beberapa saat, kemudian terus terjatuh lalu menangis kesakitan. 

"Saya ingatkan dia main-main sampai terbaring di lantai. Namun selepas beberapa saat kemudian, barulah saya sedar yang dia terkena renjatan elektrik," kata ibunya yang dikenali sebagai Shi. 

Shi berkata, bibir anak perempuannya bertukar warna keungguan dan kukunya menjadi kehitaman. Selain itu, dia turut terhidu bau hangus di tempat kejadian. 

Mangsa segera dihantar ke hospital dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan dalaman pada mangsa. 

Doktor menasihatkan Shi menjaga mangsa di rumah dan datang ke hospital sekiranya ada sesuatu yang tidak kena pada mangsa. 


Dua minggu selepas kejadian itu, pihak pusat beli-belah tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa kejadian itu berlaku kerana kontraktor yang dilantik tidak melakukan kerja mengikut prosedur (terlupa sambung wayar bumi). 

Ekoran kejadian itu, mereka akan mengambil tindakan terhadap kontraktor terbabit dan bertanggungjawab di atas kemalangan tersebut. 

Difahamkan, Shi akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak pusat beli-belah itu tidak membayar pampasan sebanyak 30,000 yuan (RM18,000) kepada mereka, berserta dengan laporan pemeriksaan elektrik. 

Sumber: Asia One


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.