'Dia memang kurang ajar' - Datin Nona tampil beri penjelasan penuh mengenai insiden di Chicken Rice Shop Alamanda


Baru-baru ini, video seorang wanita memarahi pekerja restoran Chicken Rice Shop di Alamanda, Putrajaya viral di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Wanita terbabit merakam video insiden itu dan turut mengugut mahu viralkan video tersebut kerana tidak berpuas hati dengan pekerja restoran yang tidak datang mengambil pesanan mereka. 

Ramai netizen yang tidak bersetuju dengan tindakannya kerana bagi mereka perkara itu boleh diselesaikan dengan baik tanpa perlu viralkan di media sosial sehingga memalukan pekerja berkenaan. Malah, netizen turut menggesa wanita itu membuat permohonan maaf di atas tindakannya itu. 

Namun gesaan netizen itu tidak mungkin akan ditunaikan kerana wanita yang dikenali sebagai Datin Nona itu tampil mempertahankan diri dan memberi penjelasan penuhnya berhubung kejadian itu. 

Nota: Datin Nona, 60, aktif bersama NGO berkaitan warga emas, OKU dan golongan asnaf. Datin Nona merupakan isteri kepada komposer terkenal.

Dari laporan mStar Online

"Kalau kamu tengok Twitter saya, kali terakhir saya tweet pada 2012 dan sekarang dah 2019. Saya tak aktif pun tapi saya perlu bersuara sebab ini bukan kali pertama. Sebaliknya berlaku berulang kali sebelum ini. Mereka masih tak perbaiki sistem dan perkhidmatan di kaunter memang di bawah par

"Saya pelanggan tetap kedai nasi ayam ini dan pernah berdepan situasi sama sebelum ini. Kadang-kadang saya panggil atau angkat tangan, mereka buat-buat tak nampak seolah-olah saya ni tak wujud di situ

"Jadi kali ini saya fikir perlu lakukan sesuatu. Saya hanya nak kedai itu serta kedai-kedai makanan lain untuk menghormati pelanggan warga emas, OKU, keluarga yang ada anak kecil dan ibu mengandung. Saya tengok budaya macam ni dah tak ada dalam kalangan anak muda hari ini.

"Waktu tu saya pergi bukan peak hour, kira-kira jam 5.30 petang. Tambahan pula ada lagi empat meja kosong, cukup-cukup untuk yang datang waktu tu. Saya kata, 'dik tu ada lagi meja kosong biar kami masuk bawa mak saya duduk di situ'.

"Sementara saya panggil mak saya jalan masuk, dia boleh kata 'kalau duduk kita tak layan'. Saya ingatkan pekerja wanita itu tak maksudkan apa dia cakap. Kami tunggu lama jugalah dekat 10 minit sampai mak saya tanya mana orang nak ambil order ni.

"Sebab itu saya tinggi suara dekat dia. Perkataan macam tu saya tak boleh terima kerana saya ada pengalaman dalam industri makanan dan perkhidmatan. Saya sendiri tak pernah bercakap dengan klien atau pelanggan saya seperti itu. Tidak pernah, dia memang kurang ajar," katanya. 

Walaupun dikecam teruk oleh netizen, Datin Nona enggan peduli kerana netizen tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku pada hari kejadian. 

"Saya tak kisah orang nak kutuk, nak sumpah saya ke, bagi saya itu karakter biasa manusia. Ada sifat dendam. Mereka manipulasi video saya cut and paste supaya ia kelihatan seperti berpihak kepada mereka

"Buatlah apa sahaja yang anda suka. Bagi saya video itu semua fakta. Saya hanya mahu kedai itu perbaiki perkhidmatan mereka. Itu sahaja. 

"Ada yang sampai cari suami saya di Facebook suruh saya minta maaf pada kedai tersebut dan rakyat Malaysia. Apakah saya buat salah pada rakyat Malaysia? Pelik betul

"Bagi saya, mereka tak matang. Saya hanya kata kepada seorang individu sahaja yang kerja tak ikhlas. Saya tak kata kat semua orang. Kalau saya cakap kat semua orang lainlah, jadi barulah saya akan minta maaf kepada semua. 

"Nak suruh saya minta maaf satu Malaysia tu agak melampaulah. Patutnya ia sesuatu yang anda tak payah ambil serius atau simpan dalam hati sebab anda tak jumpa pun orang tu depan anda. 

"Pengurus kedai itu ada hubungi saya Rabu lalu, minta maaf di atas apa yang berlaku. Saya pun minta maaf di atas kekasaran saya disebabkan sikap pekerja wanita itu. 

"Dalam video itu saya nampak tegas tetapi tak guna kata-kata kesat. Memang saya geram sebab mak saya bangun dan balik tak dapat makan nasi ayam kegemaran dia.

"Biarlah video ini jadi pengajaran kepada kedai nasi ayam ini dan kedai makan yang lain. Mereka sepatutnya hormat orang tua-tua. Jika boleh, janga guna cara lama semasa melayan pelanggan. 

"Bagi saya, cara yang diamalkan kedai itu terlalu konservatif. Kita bukan di gerai beratur nak ambil sepinggan nasi. Cuba ubah cara itu untuk keselesaan ramai," katanya. 

Datin Nona mengakui dia serik untuk pergi ke kedai itu selepas insiden tersebut. 

Sumber: mStar Online

LAPORAN BERKAITAN


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.