Bosan isteri kuat membebel, suami panjat menara telekom untuk sejukkan hati
Tidak tahan mendengar bebelan isteri, seorang lelaki sanggup memanjat menara pencawang telekomunikasi di Uttar Pradesh, India.
Lapor Gulf News, Tejpal Singh bertindak sedemikian kerana bosan selalu bergaduh dan mendengar bebelan isterinya dan percaya dengan cara itu dia dapat menyejukkan hatinya yang sedang panas membara seperti lagu Awie "Bara yang panas membara".
Orang awam yang melihat kejadian itu kemudian memujuk Tejpal untuk turun, tetapi Tejpal enggan berbuat demikian. Keadaan itu memaksa orang awam menghubungi pihak berkuasa.
Melihat campur tangan dari pihak berkuasa, akhirnya Tejpal yang mengada-ngada itu pun turun dan berkata, "Saya muak dengan isteri saya. Dia cuba mengenakan saya dengan pelbagai tuduhan palsu, tetapi polis tak mahu mendengar penjelasan saya.
"Saya rasa nak putuskan saja hubungan ini," katanya.
Difahamkan, ini merupakan perkahwinan Tejpal yang kedua dan dia dengan isterinya selalu bertengkar mengenai beberapa isu.
Insiden itu mengundang pelbagai reaksi netizen di Twitter.
"Dia mungkin sedang cuba memutuskan talian telefon isterinya dengan memanjat ke atas puncak menara itu," kata Praamod.
"Ada sesiapa tak yang boleh panjat menara pencawang di kawasan saya dan adjust antena sebab kompeni telko langsung tak buat apa-apa pada aduan saya berkenaan masalah network," kata Abhishaek.
Sumber: Gulf News
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment