Staff zoo parah akibat diserang gorilla jantan
Seorang kakitangan zoo diserang seekor gorila jantan yang dijaganya sejak lahir.
Mangsa, wanita berusia 46 tahun, patah kedua-dua belah tangan dan cedera di bahagian dada serta kepala selepas diserang haiwan itu di Zoo Madrid, pagi Ahad (27/9/2020).
Mangsa sebelum itu sedang melakukan rutin hariannya dalam kandang seperti menyediakan makanan, membersih dan mengemas fasiliti itu.
Namun, Malabo, 29, gorila jantan muncul secara tiba-tiba dan walaupun tiga pintu utama telah ditutup. Haiwan itu bertindak menyerang mangsa yang dipercayai berbuat demikian kerana mahu menjaga kawasannya.
Pasukan veterinar yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas datang ke lokasi dan menenangkan haiwan itu dengan bius.
Malabo kemudian dikeluarkan dari kandang dan dipindah ke bilik lain buat sementara waktu.
Mangsa yang cedera diberi rawatan awal sehingga stabil di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Klinik Madrid dalam keadaan yang serius.
Polis Perbandaran Madrid mengklasifikasikan kes itu sebagai kemalangan ketika bekerja.
Sumber: Mirror
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment