Jangan benam muka birthday boy/girl pada kek, amalan itu boleh menyebabkan tragedi yang tidak disangkakan

Perbuatan membenam muka birthday girl/boy pada kek sudah menjadi satu amalan biasa dengan alasan 'gurauan'. Ada yang boleh menerima dan ada yang tidak. 


Tetapi selepas membaca info ini, anda mungkin tidak akan berani melakukannya lagi kerana perbuatan itu boleh menyebabkan kecederaan parah dan maut. 


Pengendali laman Facebook Fisioterapi Ong Lip Qin baru-baru ini berkongsi gambar keratan sebiji kek yang meraikan hari lahir seseorang individu berusia 21 tahun. 


Nampak seperti biasa, tetapi dengan adanya dua batang kayu lidi yang tajam di hujungnya itu mengundang bahaya yang tidak dijangkakan.


"Gambar ini ditujukan kepada semua yang suka membenam muka birthday boy or girl pada kek hari lahir. 


"Adakalanya kek dibuat agak tinggi dan untuk itu, lidi digunakan dalam kek itu bagi mengekalkan kestabilannya. 


"Jadi, selepas melihat gambar ini, saya harap anda semua berfikir dua kali sebelum melakukannya," katanya. 


Bayangkan jika ada rakan yang melakukan gurauan sedemikian, dua batang lidi itu pasti akan tercucuk tepat di mata dan terus menembusi otak yang sekali gus meragut nyawa mangsa. Hari lahir yang sepatutnya meriah bertukar menjadi tragedi yang tidak disangkakan. 


Adakah itu yang anda mahukan? Sudah tentu tidak! Jadi, berhati-hatilah dan usah melakukan amalan yang memudaratkan itu.

Banyak lagi cara yang lain untuk memeriahkan lagi suasana sambutan hari lahir. Mungkin bermain teng-teng contohnya. 

Sumber: Ong Lip Qin Physiotherapist - Precise Rehab



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.