Gadis maut dirogol 4 lelaki sehingga lumpuh & patah tulang

Seorang wanita berusia 20 tahun maut selepas kejadian dua minggu lalu di mana mangsa telah dirogol empat lelaki di India sehingga menyebabkan mangsa terus lumpuh dan patah tulang belakang. 


Kejadian itu berlaku pada Isnin 14 September 2020 berdekatan dengan kediaman mangsa di Hathras, 60 batu dari Delhi.


Kronologi kejadian, mangsa terdahulu sedang memotong rumput di sebuah padang berhampiran rumahnya bersama dengan ibu dan abangnya. Abangnya pulang terlebih dahulu kerana muatan telah penuh.


Jarak di antara mangsa dengan ibunya pada waktu itu agak jauh. Di kesempatan itu, empat suspek yang telah memerhati lama muncul dari belakang dan menarik selendang mangsa lalu diheret ke satu tempat dan diserang secara seksual bergilir-gilir.


Menyedari anak perempuannya hilang, si ibu terus mencari anaknya dan menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri tanpa pakaian dipercayai telah dirogol. Keadaan mangsa sangat teruk membuatkan ahli keluarganya menyangka dia telah dipatuk ular dan tulang di lehernya patah menjadi punca mangsa mengalami kesukaran untuk bernafas.


Mangsa kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) untuk rawatan dan pemantauan selama dua minggu sebelum disahkan meninggal dunia.


Bedah siasat mendapati, lidah mangsa mengalami kecederaan dipercayai tergigit ketika cuba menggigit suspek yang mencekiknya menggunakan selendang.


Ahli keluarga mangsa terus membuat laporan polis, malangnya laporan itu tidak diendahkan dan tiada tindakan segera. Hanya selepas kes itu menjadi berita nasional sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat, barulah polis memulakan kerja siasatan iaitu empat hari kemudian.


Polis juga menafikan kenyataan keluarga mangsa yang mendakwa mereka tidak bertindak pantas dalam menangani kes itu.


Keempat-empat suspek terbabit telah ditahan dan akan didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh. 


Sumber: Daily Mail



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.