(Video) Pengacara interview 'kerusi' sebab sentap dengan Menteri Kesihatan Indonesia enggan datang walaupun dah diundang banyak kali

Tegas dan berani! Itu yang dapat digambarkan melalui tutur kata pengacara program berita terkenal ‘Mata Najwa’, Najwa Shahib.


Program tersebut mula tular di media sosial apabila Najwa bertindak mengadakan wawancara dengan sebuah kerusi kosong selepas Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto menolak undangannya untuk membincangkan situasi Covid-19 di negara itu.


Indonesia telah mencatatkan lebih 270,000 kes positif dengan 10 ribu kematian dan ini telah mengundang kebimbangan rakyat di republik itu. Situasi ini juga telah membuatkan rakyat di negara tersebut mempersoalkan tindakan kerajaan dalam membanteras wabak ini.


“KESEKIAN kalinya kami mengundang inilah kerusi wawancara Mata Najwa untuk Menteri, Terawan. Mengapa menghilangkan diri? Anda jarang munculkan diri di depan orang ramai.


Rasanya anda seorang Menteri Kesihatan yang paling rendah diri di dunia. Hanya Menteri Kesihatan Indonesia. Atau kehadiran Menteri Kesihatan untuk muncul di khalayak ramai tidak terlalu penting? 


“Sejak awal Pandemik, anda menganggap virus ini bukan ancaman besar. Apakah ini anda mengaku kita terlepas dalam langkah awal menangani apa yang seharusnya kita semua tangani? Saya ingin penjelasan apakah sejak awal Pandemik dulu anda sebagai Menteri Kesihatan menyatakan kita tidak perlu melakukan kuarantin?” 


“Pak Terawan, sehingga sekarang keadaan masih lagi tidak terkawal dan angka jelas menunjukkan keadaan itu. Di saat negara-negara lain bakal beransur melonggarkan situasi, kenapa kita tertinggal? Presiden Jokowi secara terbuka berulang kali menegur tugas anda di khalayak umum.”


“Saya akan berikan kesempatan kepada anda untuk menjelaskan teguran itu satu persatu. Kenapa ujian kita belum mencapai sasaran? Kenapa resapan anggaran kementerian masih rendah. Kenapa masih pelbagai peraturan dan birokrasi masih berbelit di Kementerian Kesihatan. Kenapa perlindungan tenaga kesihatan kita masih lagi sedikit? 


“Spesifik soal tenaga kesihatan angka kematian di negara kita sangat tinggi dan masih terus naik. Bukankah sepatutnya jadi perlindungan? Bila kita akan lihat kebaikan? Ada satu tempat dikatakan punca terbesar kluster di Indonesia. Mengapa tidak perjelaskan isu ini?  Mengapa pejabat semua masih tidak ditutup?”


Sumber: Afaf



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.