Inspektor mengaku tidak bersalah rogol remaja perempuan dalam pejabat



Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di pejabatnya pada 28 Disember lalu. 


Laporan berkaitan: Remaja dakwa dirogol Inspektor dalam pejabat ketika hadir bantu siasatan


Mengikut pertuduhan, Inspektor Mohd Maliki Azmi, 35, didakwa merogol remaja itu dengan kerelaan mangsa menggunakan kedudukan berkuasa dimiliknya pada jam 6.30 petang dalam bilik pegawai penyiasat jenayah di IPD Yan, Kedah. 


Tertuduh juga didakwa atas tiga pertuduhan berasingan iaitu melakukan amang seksual dengan cara menyentuh kemaluan mangsa bagi tujuan maksud seksual, memaksa mangsa memasukkan objek ke dalam alat sulitnya, membuat mangsa menanggalkan pakaian dan menunjukkan badannya supaya dilihat tertuduh dengan niat seksual. 


Jika sabit kesalahan terhadap semua pertuduhan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. 


Timbalan Pendakwa Raya, Hizween Azleena Othman Kamal memohon mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 bagi pertuduhan merogol dan RM15,000 bagi pertuduhan amang seksual. Selain itu, beliau turut memohon mahkamah memerintah tertuduh melapor diri di balai polis sekali sebulan dan menyerahkan dokumen perjalanannya sementara menunggu perbicaraan. 


Tertuduh bagaimanapun merayu agar mahkamah mengurangkan jaminan kerana dia hilang sumber pendapatan dan mempunyai isteri serta ibu bapa yang perlu ditanggung, malah mempunyai hutang yang semakin meningkat. 


Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 bagi pertuduhan merogol dan RM15,000 bagi pertuduhan serangan seksual. Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 6 Februari depan. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.