'Kau kalau tak tahu cerita, jangan buat cerita' - Aeril Zafrel kesal difitnah sebat job dari BN
14 jam yang lalu, satu Twitter pro UMNO/BN membantah tindakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, menjalinkan kerjasama dengan selebriti Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa.
Menurut pengendali Twitter berkenaan, Aeril merupakan 'Barua Perikatan Nasional (PN)', kerana gambar selebriti terbabit yang memakai baju PN pernah tular di media sosial semasa PRU15.
"Dr Puad ni sangat bagus dari segi mempertahankan UMNO dan BN. So, atas dasar itu nak mohon pada beliau. Tolong cari orang lain. Ini barua Perikatan Nasional yang nak diajak sebab apa?
"Masa PRU dapat job PN. Masih tak cukup ke? Belah BN pun nak balun," tulis ciapan itu.
DR Puad ni sangat bagus dari segi mempertahankan UMNO dan BN...so, atas dasar itu...nak mohon pd beliau....tolong cari orang lain...ni barua Perikatan Nasional yg nak diajak sebab apa?
— MYNEWSHUB (@mynewshub) January 8, 2023
Masa PRU dpt job PN ..masih tak cukup ke? Belah BN pun nak balun pic.twitter.com/heVNg9xX4s
Menyedari ciapan itu mula tular di platform tersebut, Aeril tampil menyelar pihak berkenaan dan menjelaskan tujuan perjumpaan itu diadakan adalah untuk membantu pembangunan di Rengit.
"Kau kalau tak tahu cerita, jangan buat cerita. Aku jumpa dia sebab dia DUN Rengit, kampung aku. Aku nak buat masjid di tempat kampung aku. Mestilah kena jumpa Yang Berhormat sini. Memang semua benda kau nak politikkan ke?" tegas Aeril.
kau kalau tak tahu cerita jangan buat cerita. aku jumpa dia sebab dia DUN rengit kg aku. aku nak buat masjid tempat kg aku, mestilah kena jumpa yb sini. memang semua benda kau nak politikan ke?? https://t.co/YNn1NdFTzn
— AERIL ZAFREL (@aerilzafrel) January 8, 2023
Netizen turut mengecam tindakan pengendali akaun Twitter tersebut yang melemparkan tuduhan 'dapat job' terhadap Aeril tanpa membuat sebarang semakan, membuatkan ramai yang percaya dengan fitnah itu.
Aeril pada 26 November 2022 pernah menafikan dakwaan bahawa dirinya telah dibayar oleh PN apabila gambar dirinya memakai baju PN tular di media sosial. Sebaliknya, Aeril menjelaskan dia menyokong PN secara sukarela seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan seseorang itu berhak menyokong mana-mana parti yang diyakininya.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment