Lelaki ditahan JAIM kerana didapati berdua-duaan dengan isteri orang dalam kereta



Seorang lelaki yang merupakan suami orang telah ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana didapati berdua-duaan dengan seorang wanita di dalam kenderaan di Lebuh Raya Ayer Keroh, pada malam semalam.


Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pasangan berusia 30-an dan 40-an itu ditahan pada jam 10.40 malam di tempat gelap, semasa pihaknya sedang melakukan Op Perahu Darat.


Ketika disoal siasat, wanita terbabit yang merupakan isteri orang memberi alasan kenderaannya rosak dan sedang menggunakan perkhidmatan e-hailing lelaki itu. 


Bagaimanapun ketika diminta menunjukkan bukti tempahan perkhidmatan, mereka gagal berbuat demikian. 


Mereka kemudian mengaku mengenali antara satu sama lain dan masing-masing telah berkahwin. 


Sementara itu dalam kes berasingan, penguatkuasa JAIM turut menahan seorang wanita yang sedang asyik bersandar di badan kekasihnya di tepi Pantai Klebang. 


Tetapi pasangan berusia 20-an itu memberi alasan mereka hanya sekadar melepak bersama selepas pulang dari bekerja. 


Dua pasangan terbabit antara enam individu yang ditahan dalam operasi tersebut yang dijalankan dengan kerjasama polis. Kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat JAIM untuk tindakan lanjut. 


Sumber: Sinar Harian



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.